Seruan Ameerah Terengganu ke Fastaqim 2.0

KURANG seminggu dari sekarang, tsunami hijau yang kian tersebar di kalangan rakyat Malaysia dan juga semakin tular di laman sosial media kini bakal menyaksikan satu lagi lakaran sejarah di bumi Malaysia khususnya di negeri Terengganu Darul Iman.

Advertisement

Selaku negeri tuan rumah, Ameerah Terengganu mengambil kesempatan yang ada menyeru seluruh masyarakat terutamanya penyokong dan pendukung PAS, dari pelosok negara termasuklah golongan wanita muda untuk sama-sama menempah nama bagi menghadiri Program Fastaqim 2.0 ini pada 29-30 September 2017 di Pantai Tok Jembal, Terengganu Darul Iman.

Pelbagai acara menarik disediakan sepanjang program selama dua hari berlangsung. Tidak ketinggalan juga adalah acara sukan pantai khusus untuk golongan wanita.

Ayuh, jangan lepaskan peluang keemasan ini. Marilah kita hadir bersama-sama, buktikan kesatuan kita sebagai umat Islam yang mengimpikan tertegaknya daulah Islamiah di muka bumi ini.

“Hijau Menuju Kemenangan”

Zuraida Md Noor
Pengarah Ameerah Terengganu – HARAKAHDAILY 25/9/2017