Kali ini kita bekerja untuk parti kita sendiri – TITM

TIMBALAN Presiden PAS, Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man menegaskan bahawa PAS akan menggunakan segala jentera dan kekuatannya pada kali ini hanya untuk memenangkan PAS pada PRU14 ini.

Advertisement

Mkn 5Beliau berkata demikian pada Majlis Makan Malam PAS Melaka yang diadakan di Ballroom Ayer Keroh D’Village, di sini, baru-baru ini dengan dihadiri hampir 700 ahli serta penyokong PAS Melaka. {mprestriction ids=”1,2,3,4,5″}

 
“Kali ini dalam Pilihan Raya Umum ke 14, jentera PAS, kewangan PAS, calon PAS dan kita bekerja untuk parti kita sendiri bagi mencapai kemenangan seperti yang kita hajati selama ini.

“Amalan-amalan baik yang kita buat bukan sahaja untuk mengharap sokongan makhluk tetapi juga redha Allah dan kita kena minta sungguh-sungguh dua perkara iaitu redha Allah dan syurga Allah,” ujarnya.

Beliau menjelaskan bahawa syaitan akan membisikan ketakutan dan kebimbangan kepada kita setiap kali menafkahkan harta agar kita rasa sayang pada harta

“Orang yang masuk syurga iaitu orang yang menafkahkan harta pada waktu senang dan susah contohnya peristiwa perang Tabuk Nabi SAW minta sumbangan, Abu Bakar serah semua hartanya termasuk jubah yg dipakai.

“Antara harta yang diangkat Nabi ialah segantang kurma oleh sahabat yang kudung dan miskin, bila dengar Nabi mohon sumbangan terus cari kerja di rumah seorg Yahudi Madinah, kerja siram pohon kurma dengan menggigit tali timba dan dipegang dengan tangannya yang kudung dengan upah segantang kurma,” katanya.

Dato’ Tuan Ibrahim berkata janji Allah kepada orang yang infaqkan harta pada jalannya yang pertama Allah pulangkan dengan yang lebih baik dan ke dua,  Allah akan ampunkan dosanya.

“Harta yang halal akan dihisab manakala yang haram akan diazab, jangan tak de masa dengan Allah, nanti Allah tak de masa dengan kita dan Al-Quran jangan tinggal lebih daripada tiga hari.

“Tinggalkan dosa, kerana dosa itulah yang menjadi penghalang kepada kemenangan kita kerana kita ingin mencapai kejayaan di dunia dan akhirat,” tambahnya. – HARAKAH 26/9/2017

{/mprestriction}