SPRM tidak sepatutnya terlibat dalam urusan politik

APABILA SPRM mencadangkan parti-parti politik menghantar senarai bakal calon pilihan raya kepada mereka, SPRM telah melibatkan diri dalam urusan politik.

Advertisement

SPRM sepatutnya kekal bebas tidak perlu masuk campur urusan  parti-parti politik.

Apabila mereka terlibat di dalam politik maka keyakinan rakyat terhadap mereka akan terhakis.

Walaupun yang menentukan calon masih parti-parti politik tetapi SPRM berupaya mempengaruhi keputusan dengan ulasan-ulasan mereka.

Oleh itu, SPRM sepatutnya memberi tumpuan kepada usaha-usaha untuk mencegah rasuah dan bukan menentukan siapa calon.

Terdapat banyak kes rasuah yang masih belum selesai. Beri tumpuan kepada kes tersebut.

Biar parti politik membuat keputusan dan menanggung apa sahaja kesan daripada keputusan tersebut.

DATO’ ISKANDAR ABD SAMAD
Exco Kerajaan Negeri Selangor
27 September 2017. – HARAKAHDAILY 7/9/2017