Fastaqim 2.0 kini bermula!

KUALA NERUS: Pantai Tok Jembal, tempat berlangsungnya Fastaqim 2.0, mula dikunjungi orang ramai sejak awal pagi.
 
Persiapan tempat berjalan baik sejak beberapa hari lalu, sama ada pentas utama tempat berlangsungnya perasmian.
 
Kemudahan tempat solat dan tandas untuk muslimin dan muslimat turut disediakan.
 
Gerai-gerai jualan yang menjual pelbagai produk dari seluruh negara juga telah beroperasi, terutama gerai makanan yang menjadi tumpuan utama pengunjung pagi ini.
 
Pada awal pagi tadi juga pendaftaran Jambori 4×4 telah pun bermula.
 
Untuk program pertama petang ini, Fastaqim 2.0 akan bermula dengan Mega Jambori Picup 4×4, Fastaqim Moto Autoshow, Alternativ Band Show.
 
Selain itu petang ini akan berlangsung Sidang Meja Bulat NGO di KT Gold Resort dan Ustaz Azhar Idrus dan Zul Handyblack di tapak Fastaqim.
 
Setiausaha program, Nurul Islam Mohamed Yusof, ketika ditemui mengakui setakat ini persiapan berjalan dengan baik seperti yang dirancang.
 
Cuaca juga maklumnya, begitu baik yang akan memberi keselesaan pada pengunjung untuk terus berkampung di sini.
 
“Kehadiran pengunjung semakin ramai walaupun program sepenuhnya belum bermula,” ujarnya.
 
Menurutnya, dijangkakan kehadiran petang ini semakin ramai untuk mengikuti program yang disediakan sebagaimana yang dijadualkan.
 
Katanya, kemuncak kehadiran dijangka esok lebih ramai yang akan menghadiri majlis tersebut.
 
“Saya memohon peserta Fastaqim diharap mematuhi arahan Jabatan Amal khususnya bahagian lalulintas.
 
“Terutama untuk memakir kenderaan bagi  memastikan aliran trafik kita  berjalan baik,” ujarnya.
 
Sebanyak 400 gerai disediakan untuk jualan di mana lebih 200 daripadanya berkanopi dan 175 lagi hanya tapak sahaja. – HARAKAHDAILY 29/9/2017
FastaMula 1
FastaMula 2
FastaMula 3
FastaMula 8
 
FastaMula 9
 
 
 
 
Advertisement