Fastaqim: Apa mesej PAS kepada rakyat Malaysia?

takiri1

DUA hari ini 29 dan 30 september 2017 menyaksikan seramai 200,000 rakyat Malaysia dalam kalangan pendokong PAS berkampung di pantai Tok Jembal, Parlimen Kuala Nerus untuk menjayakan Himpunan Fastaqim 2.0. Ia berlaku pada saat negara di ambang PRU ke-14.

Advertisement

Apa yang ingin disampaikan kepada rakyat menerusi himpunan ini ialah:

1. Bahawa PAS mengajak rakyat untuk ISTIQAMAH dengan penyelesaian Islam bagi negara.

2. Bahawa PAS bersedia untuk menggalas amanah menguruskan negara dengan tema “Sejahtera Bersama Islam”.

3. Bahawa negara ini perlu diselamatkan daripada pelbagai kemelut ekonomi, sosial dan pendidikan yang telah berakar umbi sejak berdekad dengan Islam.

4. Bahawa pelbagai skandal kewangan negara yang berlaku sejak berdekad dengan pelbagai nama yang berbeza adalah kerana ia dipacu oleh tangan yang tidak amanah.

5. Bahawa pengurusan kewangan negara dan negeri hanya boleh selamat sekiranya diuruskan oleh tangan dan jiwa yang amanah lagi berkemampuan yang meletakkan pertimbangan syurga dan neraka di hadapan.

6. Bahawa gelombang kesedaran beragama di kalangan rakyat bakal memberikan kredit kepada PAS dalam PRU ke-14.

7. Bahawa negara sedang berhadapan dengan kemelut ekonomi berpunca daripada pengurusan kewangan yang tidak cekap dan tidak amanah, boros dalam berbelanja.  

8. Bahawa kenaikan kos hidup tidak dapat dinafikan lagi berpunca daripada siatem percukaian GST yang bercanggah dengan Islam yang diperkenalkan oleh kerajaan. PAS pula bersedia menawarkan alternatif percukaian GST yang lebih adil dan tidak menekan rakyat marhaen sebagaimana didokumentasikan menerusi Dokumen Hijau PAS. – HARAKAHDAILY 29/9/2017