Yakin Fastaqim 2.0 capai objektif

KUALA NERUS: Fastaqim 2.0 yang beroperasi di Pantai Tok Jembal selama dua hari bermula 29 hingga 30 berkonsepkan santai dan kekeluargaan.
 
Pengarah program, Ustaz Satiful Bahri Mamat, berkata program ini dijangka mencapai sasaran 200,000 kehadiran.
 
Bagaimanapun katanya, matlamat program untuk memantapkan perjuangan dan membangkitkan mood rakyat untuk menghadapi PRU14 tetap menjadi sasaran utama program.
 
Beliau melahirkan rasa syukur memandangkan sambutan orang ramai di hari pertama program di luar jangkaan.
 
“Alhamdulillah kita bersyukur dengan kehadiran ini dan kita berharap moga cuaca akan kekal baik sebegini,” ujarnya.
 
Tambahnya, keseluruhan kawasan seluas 50 ekar dimanfaatkan sepenuhnya untuk penganjuran tersebut.
 
Sambungnya, dengan keluasan itu  semua kelengkapan diisi pelbagai kemudahan untuk kemudahan untuk orang ramai.
 
Katanya, selain pentas utama, turut ditempatkan khemah urusetia, petugas, gerai jualan.
 
Selain itu, menurutnya tempat solat dan tandas awam juga disediakan untuk kemudahan.
 
Sehubungan itu, beliau mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang bekerjakeras menjayakan program berkenaan.
 
“Terima kasih pada PAS Terengganu, khususnya Kuala Nerus.
 
“Juga saya ucapkan terima kasih pada semua PAS kawasan di seluruh negara, muslimat dan Pemuda, Amerah, Jabatan Amal, Nisa’ dan semua yang terlibat menjayakan program ini.
 
“Kerjasama erat antara parti peringkat negeri, kawasan dan pimpinan seluruh negara untuk menjayakan himpunan ini cukup bermakna,” ujarnya terharu. – HARAKAHDAILY 29/9/2017
 
Advertisement