Dua bekas pegawai kanan kerajaan sertai PAS

FASTAQIM 2.0 mencatat sejarah apabila dua bekas pegawai kanan kerajaan diumumkan menyertai PAS.

Advertisement

Mereka iaitu bekas Timbalan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Zakaria Jafar dan.bekas Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Abdul Rahim Che Daud.

Zakaria berkata, PAS sebuah parti yang konsisten menentang rasuah.

Katanya, PAS nampak serius menentang rasuah termasuk mewujudkan gagasan WINS sebagai kerangka yang jelas menentang gejala rasuah.

“Ia dibuktikan pula di Kelantan sejak hampir 27 tahun ditadbir PAS tiada pemimpin yang didakwa atas kesalahan rasuah.

“Saya percaya dan yakin penyokong PAS mampu memadam api rasuah,” katanya pada Fastaqim 2.0 di Pantai Tok Jembal malam ini.

Pengumuman itu mengakhiri desas-desus siapa tokoh nasional yang akan menyertai PAS. Malam ini menjawab spekulasi itu.

Zakaria juga presiden Yayasan Anti Rasuah Malaysia.

Sebelum itu Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang melancarkan Wawasan Induk Negara Sejahtera.

Selain itu ikrar jentera pilihan raya PAS pusat yang diketuai Pengarah Jabatan Pilihan Raya, Dr Ahmad Shamsury Mokhtar. – HARAKAHDAILY 1/10/2017