Kaum Tionghua turut hadir Fastaqim

KUALA NERUS: Sambutan Fastaqim 2.0 menjadi pilihan pelbagai kaum untuk hadir bersama bagi menyaksikan kekuatan pendokong PAS dari seluruh negara yang datang berkumpul sejak semalam.
 
Antara pengunjung kaum Tionghua yang tidak melepaskan peluang menjadi salah seorang peserta Fastaqim 2.0 ialah Penghulu Tanpa Mukim; Ko Kim Siong dari Dun Bukit Panau, Tanah Merah.
 
Beliau mengharapkan agar usaha mengeratkan hubungan antara kaum dalam PAS tanpa mengira sempadan bangsa bahkan semua perlu bersatu demi rakyat dan tanahair.
 
Katanya, jangan terlalu ikutkan maklumat yang disebarkan terutama berita tidak sahih, bahkan perlu sentiasa memperolehi sumber maklumat benar.
 
“Semestinya kita perlu bersama dengan Parti Islam Se-Malaysia (PAS) saya sebagai mewakil kaum bukan Islam harapannya boleh bersatu dan berpakat dalam mendepani PRU akan datang.
 
“Perbalahan yang tidak memberikan keuntungan kepada rakyat wajar dijauhkan kerana ia hanya menghilangkan fokus sebenar dalam menghadapi PRU akan datang.
 
“Kesepakatan ini mampu menatijahkan satu kekuatan pentadbiran PAS di Malaysia,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 30/9/2017
Advertisement