Pemuda siap jentera hadapi PRU 14

PEMUDA PAS sudah mempersiapkan jentera bagi menghadapi pilihan raya umum (PRU)tidak lama lagi.

Advertisement

Ketuanya, Ustaz Muhamad Khalil Abdul Hadi berkata PRU kali ini memberi ruang kepada PAS untuk melakukan perubahan ke arah Malaysia yang lebih baik.

“Perubahan ke arah itu sedang dimulakan dengan kedatangan ribuan penyokong PAS dari seluruh negara,“ katanya pada pentas dewan-dewan di tapak Fastaqim petang ini.

Hadir sama Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan anggota jawatankuasa PAS Pusat.

Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Datuk Dr Mahfodz Muhamad pula berkata, pihaknya berusaha bagi membolehkan calon PAS mencapai kemenangan.

Katanya kita berharap mencapai kemenangan pada PRU 14 tidak lama lagi.

“Oleh itu kewangan yang mencukupi diperlukan bagi mencapai kemenangan tersebut.” katanya.

Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia, Ustazah Nuridah Mohd Salleh berkata, parti itu perlu meyakinkan rakyat PAS mampu mengganti Umno.

Petang ini berlangsung perasmian serentak pelancaran jentera pilihan raya peringkat dewan.

Program itu didahulukan dengan perarakan  kuda ditunggang anggota Jabatan Amal yang membawa panji dan bendera PAS.

Bendera tersebut kemudian diserah kepada Timbalan Presiden PAS, selepas itu diagih kepada ketua dewan, ketua penerangan PAS Pusat dan Ketua Pengarah Jabatan Pilihan Raya Malaysia. – HARAKAHDAILY 30/9/2017