Lembah Binjai: PAN terus tabur fitnah

PAN terus menabur fitnah kepada penduduk yang terlibat dengan projek pembangunan LEMBAH BINJAI dengan pelbagai maklumat salah bahkan jauh menyimpang dari faktar sebenar.

Advertisement

Terbaru mereka mendakwa kerajaan negeri menerusi Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandaraya Islam (MPKB-BRI) membuat pampasan tanah pada nilai yang sangat rendah iaitu lebih kurang RM4 sekaki.

Selain itu, mereka turut menuduhkan kerajaan negeri dan individu terlibat menerima komisyen sebagai hasil daripada rundingan bersama penduduk.

Beliau berkata, seramai 20 penduduk terlibat menyertai pertemuan yang diadakan di Pejabat PAN di Kubang Kerian tiga minggu lalu bagi mengambil khidmat peguam untuk mempertahankan hak mereka.

“Sekiranya mereka hendak menggunakan perkhidmatan itu, mereka kena membayar kepada peguam sebanyak RM3,000 seorang. Di sini saya hendak mengatakan bahawa semua tuduhan yang dilemparkan ini sama sekali tidak benar.

“Kini pihak MPKB-BRI sedang mengadakan rundingan bersama penduduk yang terlibat dengan projek untuk mendapatkan persetujuan dengan pampasan yang munasabah serta menjamin kesejahteraan penduduk,” katanya.

Beliau turut meminta kerajaan negeri agar segera menyelesaikan rundingan itu kerana ia menjadi tumpuan pihak tidak berkenaan terutamanya parti politik yang mengambil peluang untuk menjuarai isu tersebut.

Katanya, ramai penduduk keliru terhadap dakyah yang dibuat oleh parti politik terutamanya PAN dan Umno yang bekerjasama bagi memberi gambaran bahawa kerajaan negeri sekarang sudah menyeleweng.

Baru-baru ini, kerajaan negeri mengumumkan Lembah Binjai bakal dimajukan selepas MPKB-BRI menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) dengan syarikat AUEI Teras Holdings Sdn. Bhd.

Bagaimanapun, projek yang dianggarkan bernilai kira-kira RM100 juta itu dikatakan mendapat bantahan penduduk yang bimbang tanah mereka diambil secara mengejut tanpa sebarang rundingan. – HARAKAHDAILY 3/10/2017