Akibat mabuk cinta pada DAP & Tun M

fadhli s

TERASA lucu membaca tulisan Dato’ Dr Mujahid Yusuf Rawa yang menjawab tulisan Ustaz Nik Abduh. Dalam pada Ustaz Nik Abduh menyatakan bahawa parti Dr Mujahid telah ‘mabuk’ kerana mengiakan sahaja pendirian DAP tanpa sebarang bantahan, Dr Mujahid membalas secara tersirat bahawa PAS lah yang sedang mabuk kerana tunduk kepada UMNO.

Advertisement

Tidak terbacakah Dr Mujahid tulisan-tulisan pendirian PAS berhubung betapa lemahnya urustadbir kerajaan Barisan Nasional hari ini? Atau tidak mendengarkah ucapan-ucapan pimpinan PAS lewat setahun dua ini berhubung betapa perlunya UMNO ditewaskan dan diberikan undi kepada PAS?. {mprestriction ids=”1,2,3,4,5″}

Lebih lucu lagi apabila Dr Mujahid menyebut PAS ialah ‘parti yang telah berjaya merobohkan tembok perkauman berpuluhan tahun, tiba-tiba generasi adinda kembali membinanya semula..’

Sedarkah Dr Mujahid bahawa Tun Mahathir telah menyatakan bahawa PAS ialah parti yang tidak pernah menyumbang kepada kebaikan agama dan negara? Jika benar Dr Mujahid menyanjung perjuangan PAS yang menurutnya dahulu telah berjaya meruntuhkan tembok perkauman, nah sanggahlah Mahathir sebagai bukti pertama anda tidak mabuk!

Bagaimanapun, harapan tidak perlu digantung sangat kepada Dr Mujahid. Beliau dan partinya sedang dilamun cinta asyik teramat sangat dengan DAP dan Mahathir. – HARAKAH 5/10/2017{/mprestriction}