Menteri jilat semula ludah sendiri

DI SEBALIK memperlekeh usaha Kerajaan Negeri Selangor menyelesaikan masalah perumahan di negeri itu, Menteri KPKT, Tan Sri Noh Omar terpaksa menggunakan kepakaran kerajaan negeri untuk menyelesaikan masalah pengurusan kediaman berstrata.

Advertisement

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Kehidupan Bandar negeri, Datuk Iskandar Abdul Samad, ini kerana di dalam Konvensyen Nasional JMB/MC peringkat kebangsaan pada 7 Oktober ini, wakil dari Selangor telah dijemput untuk membentangkan kaedah untuk menangani masalah penduduk yang enggan membayar caj penyelengaraan.

Walau bagaimanapun, katanya menteri tersebut terus menyerang kerajaan negeri, maka beliau seolah-olah menjilat semula ludah beliau apabila menggunakan kepakaran kerajaan negeri.

Laporan penuh dalam akhbar Harakah Bil 2287 Edisi Isnin ini.