36,301 ahli baharu PAS Januari-Oktober 2017

PAS

MESYUARAT PAS Pusat Kali Ke-7 sesi 2017-2019 hari ini, Sabtu 14 Oktober 2017 bersamaan 23 Muharram 1439H telah meluluskan sebanyak 1,774 orang permohonan Ahli Baharu PAS untuk bulan Oktober 2017. Ini menjadikan jumlah Ahli Baharu PAS sepanjang Januari – Oktober 2017 ialah sebanyak 36,301 orang!

Advertisement

Bagi memastikan sistem tarbiyah berjalan dengan baik, Lajnah Tarbiyah & Pengkaderan PAS Pusat yang dipengerusikan oleh Ustaz Idris Ahmad telah mengeluarkan satu buku panduan Tamrin Asas Untuk Ahli Baru PAS. Tanzim PAS di semua peringkat diharapkan dapat mengadakan Tamrin Pengenalan Ahli Baru menggunakan modul tersebut.

Setiap bulan PAS Pusat meluluskan ribuan Ahli Baharu. Untuk rekod, berikut rekod keahlian baharu PAS yang telah diluluskan sepanjang 2017:

Januari – 1,952 orang
Februari – 5,341 orang
Mac – 5,384 orang
April – 7,206 orang
Jun – 7033 orang
Julai – 2,260 orang
Ogos – 2,751 orang
September – 2,600 orang
Oktober – 1,774 orang
JUMLAH: 36,301 ORANG

*Untuk rekod, jumlah keseluruhan ahli baru bagi tahun 2016 ialah 23,561 orang. – HARAKAHDAILY 14/10/2017