Pesta arak dan jatidiri negara

PESTA arak yang hendak dianjurkan di Selangor Oktober ini adalah pesta yang bermula di Munich Jerman yang diberi nama Oktoberfest, ketika program ini mula dianjurkan ia bertujuan untuk mengumpulkan semua jenama pengeluar arak untuk dijual, ia bermula kecil sehinggalah menjadi satu pesta  yang besar dengan kehadiran jutaan orang dan penglibatan ribuan syarikat pengeluar arak.

Advertisement

Pesta ini juga dianjurkan oleh negara-negara seperti Amerika Syarikat, beberapa negara Eropah dan Asia namun ada juga beberapa negara yang dipimpin oleh umat Islam yang menganjurkanya dalam skala kecil termasuk Malaysia.

Pesta ini pun bukan pertama kali dijalankan di Malaysia, setiapkali penganjuranya, penglibatan syarikat arak akan terus meningkat dan penglibatan masyarakat juga disasarkan untuk terus meningkat. {mprestriction ids=”1,2,3,4,5″}

Apa sebenarnya yang diinginkan dalam penganjuran pesta seumpama ini? sepertimana yang dipertahankan oleh wakil-wakil rakyat DAP,MCA dan PKR.

1.Ia sebagai produk pelancungan dan dijangka dengan penganjuran pesta arak ini ramai pelancung akan hadir kerana imej Islam Malaysia yang  moderat.

2.Ia sebagai produk ekonomi, pesta arak ini dijangka akan meningkatkan pendapatan syarikat-syarikat arak seperti pesta-pesta ekonomi yang lain, tujuanya supaya ianya menjadi satu even ekonomi yang memudahcara penjualan arak.

3.Ia tertutup dan khusus untuk masyarakat bukan Islam sahaja namun pengiklanan acara seperti ini akan tetap dilakukan secara terbuka.

Masalahnya, ketagihan arak bukan sekadar isu agama malah ia juga merupakan asas kepada isu sosial dan jenayah, bukti peningkatan masalah  seksual dan jenayah di negara kelahiran  Oktoberfest menyebabkan penganjur terpaksa menyediakan langkah-langkah keselamatan tambahan bagi membendung jenayah-jenayah tersebut.

Sebagai pengamal perubatan, kami diajar untuk merawat punca dan bukanya simptom atau keluhan, bagi ahli-ahli politik yang tidak bertanggungjawab, mereka mencipta penyakit dan merawat keluhan pesakit supaya ekonomi dapat berkembang kononnya.

Apa implikasi penganjuran pesta-pesta seperti ini untuk masyarakat dan negara.

1.Pesta seperti ini akan membesar dan membarah sehingga ianya sukar dibendung, alasan kebenaran agama-agama digunakan walau pun tiada agama yang menganjurkan meminum arak malah majoriti penganut bukan Islam pun bukanya peminurm arak.

2.Langkah promosi seperti ini memberi satu signal yang salah kepada generasi muda sehingga satu ketika nanti ketagihan arak dengan semua kerosakanya akan menjadi masalah yang sangat parah kepada negara.

3.Ia juga memberi signal yang salah bahawa pelancungan digerakkan oleh industri arak sedangkan banyak lagi produk pelancungan yang lebih menarik dapat membawa pelancung ke negara ini.

4.Ia juga memberi satu signal  yang salah bahawa moderat muslim membenarkan pesta seumpama itu, Islam memberi keizinan untuk kaum lain melakukan apa yang hendak mereka lakukan tetapi tidaklah sehingga ke tahap mempromosikan satu amalan yang membawa kerosakan sedangkan merokok yang merupakan perkara makruh bagi sesetengah pendapat ulama pun tidaklah sampai sehingga kita menganjurkan pesta merokok, kenapa pula dengan arak nadanya berbeza.

Maka tidak ada keraguan di hati kita bahawa wakil-wakil rakyat ini sememangnya  tidak bertanggungjawab dan apa yang mereka lakukan hanyalah meruntuhkan negara tanpa mereka sedari dengan bertopengkan kebebasan beragama  dan kepentingan ekonomi.

Sekiranya seorang wakil rakyat dari DAP yang bergelar Datuk itu menemplak PAS supaya tidak menjadi hero dalam isu arak ini maka sukalah untuk kami katakan bahawa “kami semua adalah  PAS”. – HARAKAH 15/10/2017

Penulis adalah Timbalan Pesuruhjaya PAS Johor {/mprestriction}