Bencana kemanusiaan terbesar di rantau ini

MAJLIS Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) memberi amaran bahawa bencana kemanusiaan terbesar akan disaksikan di rantau ini apabila pelarian Rohingya yang kini mencecah lebih sejuta orang di Bangladesh tidak lagi dapat dikawal dan dikendalikan oleh pihak Bangladesh.

Advertisement

Demikian dinyatakan Presiden Mapim, Mohd Azmi Abdul Hamid dalam satu kenyataan, sebagaimana di bawah.

BENCANA KEMANUSIAAN TERBESAR DI RANTAU INI – MAPIM BERSIAP UNTUK BANTUAN MUSIM SEJUK DI KEM PELARIAN ROHINGYA, BANGLADESH

MAzmiAHMAJLIS Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) memberi amaran bahawa bencana kemanusiaan terbesar akan disaksikan di rantau ini apabila pelarian Rohingya yang kini mencecah lebih sejuta orang di Bangladesh tidak lagi dapat dikawal dan dikendalikan oleh pihak Bangladesh.

Musim sejuk yang bakal dirasai antara November hingga Februari ini bakal menambah penderitaan lebih sejuta pelarian Rohingya di Bangladesh. Setiap musim sejuk yang menimpa, ramai akan berdepan dengan maut terutama kanak-kanak, wanita dan warga tua jika mereka tidak memilikki selimut tebal di waktu malam.

Mapim kini bersiap untuk menghantar misi bantuan musim sejuk ke Bangladesh untuk diagihkan segera kerana hujung bulan Oktober ini akan mulai musim sejuk yang sangat perit bagi pelarian.

Dalam masa yang sama Mapim amat khuatir bahawa aliran kemasukan pelarian Rohingya dari Myanmar terus meningkat dan tidak nampak sebarang tanda ia akan berhenti kerana serangan tentera Myanmar di perkampungan Rohingya terus berlaku.

Malah sudah berlaku beberapa kes perahu yang membawa pelarian telah karam dan puluhan yang hilang. Mayat yang hanyut yang di dalam sungai akibat mati lemas menjadi berita di Bangladesh.

Lebih parah pihak tentera Myanmar memasang jerangkap samar di laluan pelarian yang mahu melarikan diri ke Bangladesh. Tujuannya adalah untuk tidak membenarkan pelarian kembali ke kampung asal mereka.

Di kem-kem pelarian Bangladesh kebuluran bakal berlaku dan potensi merebaknya penyakit kian bertambah dan hanya menunggu saat wabak mungkin sahaja tercetus bila-bila masa sahaja.

Walaupun bantuan mencurah masuk untuk pelarian sema ada dari segi bekalan makanan, rawatan kesihatan, membina tempat perlindungan, keperluan kanak-kanak dan wanita akan tetapi yang jelas ialah pihak Bangladesh dan agensi kemanusiaan antarabangsa tidak dapat menyalurkan bantuan kepada semua mangsa. Ribuan yang masih tidak dapat dicapai kerana pelarian maseh berada di merata tempat termasuk di kawasan hutan.

Melihat kem pelarian yang berhimpit-himpit dan sangat padat, pelarian kanak-kanak, wanita dan orang tua Rohingya merupakan mangsa yang sangat terdedah dan mudah menghadapi pelbagai penderitaan yang bertambah.

Kini sudah terdapat lebih 12 kem pelarian baru di sekitar Cox Bazar, bertambah dari hanya 2 kem sebelum ini sejak serangan 25 Ogos 2017.

Mapim mengingatkan bahawa jika komuniti dunia gagal menyekat operasi pembersihan etnik serta genocide di Myanmar, bencana kemanusiaan tidak dapat dielak lagi.

Dalam siri Misi Kemanusiaan Mapim yang mengiringi TYM Raja Muda Perlis pada 15-18 Oktober 2017, jelas dapat dilihat ratusan ribu pelarian memenuhi hampir setiap ruang yang ada di tepi jalan dan di kawasan bukit-bukit di sekitar permukiman Kutupalong dan Balukhali sekitar 50 km dari kota Cox Bazar.

Keadaan pelarian yang padat cuba bertahan hidup di kem-kem tersebut berisiko sangat tinggi dengan kes kebuluran dan wabak penyakit.

Mapim menggesa penyelesaian yang drastik perlu dicari segera. Penyelesaian untuk mengurangkan penderitaan pelarian hanya dapat dilaksanakan jika serangan di Myanmar dihentikan melalui penghantaran tentera pengaman PBB, manakala mangsa Rohingya diberi perlindungan secukupnya untuk kembali ke tempat asal mereka di Arakan, Myanmar. – HARAKAHDAILY 18/10/2017