RUU 355: PAS gesa dibenarkan bahas sesi parlimen kali ini

PAS menggesa perbahasan Rang Undang-undang bagi meminda Akta 355 dibenarkan dan diteruskan oleh Speaker Parlimen dalam Persidangan Parlimen bermula 23 Oktober dan berakhir 30 November 2017.

Advertisement

taki3

Demikian dinyatakan Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan dalam satu kenyataan hari ini, sebagaimana di bawah.

1. Parti Islam Se-Malaysia (PAS) menggesa perbahasan Rang Undang-Undang (RUU) bagi meminda Akta 355 dibenarkan dan diteruskan oleh Speaker Parlimen dalam Persidangan Parlimen bermula 23 Oktober dan berakhir 30 November 2017.

2. PAS berpandangan adalah tidak wajar perbahasan yang telah bermula dengan Pembentangannya oleh Ahli Parlimen Marang dan disokong oleh Ahli Parlimen Kota Bharu pada 6 April 2017 dihentikan walau atas apa alasan sekalipun. Perbahasan harus diteruskan sehingga akhir mengikut prosedurnya walaupun tidak boleh disempurnakan pada sesi Parlimen kali ini. Ini seumpama kes Mahkamah yang telah bermula perbicaraan tidak akan dihentikan sehinggalah ia berakhir dengan keputusan oleh Hakim, bezanya Parlimen akan ditentukan melalui pengundian Ahli Parlimen.

3. Langkah segera meminda Akta 355 amat penting kerana ianya berkaitan dengan menaikkan bidangkuasa Mahkamah Syariah yang terpakai hanya kepada orang Islam sahaja yang kini memiliki bidangkuasa yang amat rendah sekali.

Sekian, terima kasih.

DATO’ TAKIYUDDIN HASSAN,
Setiausaha Agung
Parti Islam Se-Malaysia (PAS)
Bertarikh: 19 Oktober 2017 – HARAKAHDAILY 19/10/2017