Wajib pertahan kepimpinan ulama – pendakwah

KERAJAAN Kelantan di bawah kepemimpinan ulama yang dibentuk 27 tahun lalu wajib dipertahankan umat Islam di negeri itu.

Advertisement

Selebriti dakwah, Ustaz Ahmad Dasuki Abdul Rani berkata, walau dalam keadaan mana sekali pun Kelantan wajib dipertahankan agar tidak jatuh ke tangan musuh.

Katanya, rakyat Kelantan mesti istiqamah dengan perjuangan Islam jika tidak ingin menyesal di kemudian hari.

“Tidak ada sebab kerajaan Kelantan hari ini perlu ditolak kerana dasar dan perjuangannya tetap Membangun Bersama Islam.

“Kepimpinan Kelantan hari ini meneruskan agenda yang diasaskan almarhum Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat,” katanya ketika menyampaikan kuliah perdana sempena 27 tahun dasar Membangun Bersama Islam di Medan Ilmu hari ini.

Menurutnya dasar kerajaan negeri terus diperkemaskan dengan penambahbaikan untuk kesejahteraan rakyat.

Katanya, jika tidak ingin menyesal di kemudian hari terutamanya di akhirat, orang Islam hendaklah menyokong perjuangan Islam. – HARAKAHDAILY 20/10/2017