PAS Kemaman santuni mangsa ribut

KEMAMAN: Timbalan Yang DiPertua PAS Kawasan Kemaman, Ustaz Nik Muhammad Nasri Nik Malek telah mengadakan ziarah bertemu mangsa kejadian ribut melibatkan beberapa penempatan, di sini hari ini.
 
Dalam kejadian hujan lebat dan ribut petang Jumaat itu, sekitar 47 rumah di Jong Belaboh, Padang Kemunting, Pondok Limau dan sekitarnya mengalami kerosakan.
 
Tinjauan yang dilakukan mendapati kebanyakan kerosakan kediaman mengalami atap tercabut, selain banyak pokok tumbang, namun tiada kemalangan jiwa.
 
Pada lawatan tersebut, Ustaz Nik Nasri telah menyerahkan sumbangan PAS Kawasan Kemaman kepada keluarga mangsa yang ditimpa musibah itu.
 
Hadir sama adalah Pengerusi Lajnah Kebajikan PAS Kawasan Kemaman, Ustaz Ramlan Mahmood serta Ahli Jawatankuasa PAS Cawangan Jong Belaboh dan PAS Cawangan Ibok. – HARAKAHDAILY 22/10/2017
Advertisement