Chechnya: Mujahidin Chechen yang dilupakan dunia Islam

SEJAK kejatuhan salah satu kuasa besar dunia pada abad kedua puluh, Soviet Union hanya tinggal kenangan dalam peta dan minda masyarakat antarabangsa, ia tewas di tangan Mujahidin Afghanistan, yang kononnya akan hanya mampu bertahan dalam tempoh dua minggu sahaja menerusi serangan udara, darat dan laut, tetapi telahan itu meleset malah berlarutan selama sembilan tahun, akhirnya Soviet bertukar kepada Rusia pada Februari 1991.

Advertisement

Banyak negara yang pernah di bawah jajahan Soviet, beralih angin untuk memohon kemerdekaan atau pemerintahan secara autonomi, iaitu satu cara bagi membebaskan diri daripada kepompong Soviet.{mprestriction ids=”1,2,3,4,5″}

Namun saki baki dendam kesumat dan juga rasa malu masih menyelubungi Rusia selepas kalah kepada Afghanistan, akhirnya mereka merancang untuk membalas dendam etnik Islam di wilayah Chechen di kalangan mujahidin Chechnya yang terletak di bahagian selatan Rusia sampai hari ini.

Tidak ramai yang tahu termasuk umat Islam secara dalam apa yang terjadi kepada mereka (mujahidin Chechnya)  saban hari berhadapan dengan serangan mortar, meriam serta segala peralatan persenjataan canggih pihak Rusia yang mensasarkan mereka sebagai musuh utama.

Bagi para mujahidin, mereka sentiasa bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan walaupun terpaksa berdepan dengan bekas kuasa besar yang boleh disifatkan sebagai perang saudara kerana Chechen antara wilayah yang paling dekat dengan ibu negara Rusia, Moscow.

Chechnya, yang telah menjadi agenda dunia sejak sedekad yang lalu, merupakan sebuah negara kecil yang berukuran kira-kira 16,000 kilometer persegi.

Di dalam Persekutuan Rusia hari ini, ada 19 republik autonomi yang mempunyai kedudukan yang sama seperti Chechnya. Republik-republik ini membentuk 28 peratus, dalam satu perempat, daripada keseluruhan wilayah Rusia.

Moscow masih memiliki pengaruh yang kuat ke atas republik-republik tersebut, dan sangat berharap agar pengaruh tersebut dapat kekal selama-lamanya.

Kehilangan Chechnya akan memecahkan cengkaman kuasa Rusia terhadap republik-republik yang lain, dan seterusnya akan menjadi contoh kepada bangsa-bangsa lain untuk melakukan tindakan yang serupa.

Jika orang-orang Chechen, yang banyaknya seperti kumpulan askar Rusia sahaja, berpisah dari Rusia, ini akan mencetuskan penubuhan gerakan-gerakan menuntut kemerdekaan di dalam republik-republik autonomi yang lain.

Karekteristik paling jelas yang terdapat pada republik-republik di dalam Persekutuan Rusia ialah cara mereka mempengaruhi di antara satu sama lain dengan berkesan sekali, dan bagaimana sesuatu perubahan yang berlaku di dalam sesebuah republik dapat mempengaruhi yang lain.

Rusia memerangi Chechnya sejak tahun 1994 hingga 1996. Oleh kerana gagal menewaskan pejuang Chechnya itu mereka mengadakan rundingan dan gencatan senjata yang berakhir dengan persetujuan Rusia memberikan kuasa autonomi kepada Chechnya di mana askarnya berundur pada tahun 1996.

Malangnya ketika rakyat Chechnya sedang menikmati kuasa autonomi itu,
tentera Rusia kembali menyerang mereka. Kini peperangan itu berterusan dengan mengorbankan banyak jiwa dan tidak ada tanda akan berhenti segera. Amerika dan Eropah membisu seribu bahasa dan membiarkan peperangan ini berlanjutan.

Di samping semua ini, masih ada satu elemen yang menjadikan Chechnya begitu penting kepada Rusia. Ketakutan Moscow yang sebenar, seperti contoh di Bosnia dan Kosovo, ialah penubuhan dan perjuangan membela hak-hak umat Islam yang tinggal di dalamnya.

Inilah sebab paling penting mengapa perang yang tidak ber­perikemanusiaan dilancarkan oleh pentadbiran Rusia terhadap Chechnya, yang mana mereka telah berusaha selama bertahun-tahun untuk menghapuskan identiti agama orang-orang Chechen, dan dengan itu mengenakan penindasan kejam ke atas mereka, memusnahkan masjid-masjid, mengharamkan ibadat kepada Allah, dan melarang pendidikan yang bersifat keagamaan.

Orang-orang Chechen dikenali dengan kesetiaan mereka terhadap agama, keazaman mereka berjuang untuk hidup dengan berlandaskan agama, dan identiti keislaman mereka yang amat kuat memberi kesan kepada negara-negara Islam yang lain di Caucasus.

Idea “Cacasus Bersatu” yang telah dicadangkan oleh Imam Mansur pada tahun 1780-an yang bertujuan untuk menyatukan seluruh Caucasus, benar-benar telah memberi amaran kepada Rusia. Ini kerana ciri utama penubuhan kesatuan tersebut ber sifat Islamik, dan ia memberikan ancaman getir terhadap segala kepentingan Rusia. Ketakutan-ketakutan ini telah menimbulkan keinginan Rusia untuk melihat “Chechnya tanpa Chechen”.

Berdasarkan kepada polisi semasanya, Rusia mahu menghapuskan orang-orang Chechen sehingga ke akar umbi, menghalang sebarang penubuhan kesatuan Islam, dan mahu mengambil semula bekas-bekas tanah jajahan yang hilang ke pangkuan dominasinya semula. Sedangkan, walaupun “Caucasus Bersatu” ditubuhkan, ia tidak perlu dianggap sebagai satu per­kembangan anti-Rusia.

Jika Rusia menjalinkan hubungan baik dengan umat Islam Caucasus, jadi tiada sebab bagi mereka, sama ada merdeka atau tidak, untuk menunjukkan sikap menentang terhadap Moscow.  Pembunuhan beramai-ramai orang-orang Chechen oleh pihak Rusia, yang mana masih kekal di dalam ruang lingkup mentaliti komunis lama, menyerupai tindakan Firaun yang dilakukan berabad-abad yang lampau.

Pada zaman tersebut, Firaun juga turut menyerang golongan yang lemah dan yang tidak bersenjata (dalam kes ini, mereka ialah kaum Bani Israel), dan dengan kejam membunuh mereka semua. Allah telah menceritakan tentang kekejaman Firaun di dalam ayat-ayat yang berikut:

Dan (ingatlah) ketika Musa berkata kepada kaumnya: “Ingatlah nikmat Allah ke atas kamu sewaktu Dia menye­lamatkan kamu dari (Firaun dan) para pengikutnya, mereka menyiksa kamu dengan siksa yang pedih, mereka menyembelih anak-anak lelakimu, membiarkan hidup anak-anak perempuanmu, dan pada yang demikian itu ada ujian yang besar dari Tuhanmu. Dan (ingatlah juga) sewaktu Tuhanmu memberitahu: “Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambahkan (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmatku), maka sesungguhnya azab-Ku amat pedih”. (Ibrahim, 6-7)

Sesungguhnya Firaun telah melakukan sewenang-wenang­nya di muka bumi dan menjadikan penduduknya ber­pecah-belah, dengan menindas segolongan daripada mereka, menyembelih anak-anak lelaki mereka dan membiarkan anak-anak perempuan hidup. Sesungghnya Firaun termasuk dari kalangan orang-orang yang me­lakukan kerosakan. (Al-Qashash, 4)

Chechen wadah jihad pernah melahirkan para mujahidin pada jalan Allah

Kekentalan para mujahidin Islam yang tidak rela diambil tanah mereka walau seincipun oleh tentera Komunis Rusia, menyemarakkan semangat mereka untuk terus mara walaupun tidak memiliki persenjataan canggih yang menjadi sandaran dalam sesuatu jihad menentang musuh Allah.

Mereka meletakkan keyakinan, harapan dan sandaran penuh kepada Allah sebagai Pembela dan Penolong, suasana jihad yang tercetus kepada mereka serupa yang dialami tentera Islam di zaman Rasulullah s.a.w dalam peperangan Badar yang hanya berjumlah 313 orang berbanding seribu orang di kalangan musyrikin, Allah mengingatkan mereka dengan firman-Nya menerusi ayat 249 mengenai Talut dan tenteranya yang sedikit menghadapi musuh di kalangan tentera-tentera Jalut, maksudnya : “Berapa banyak terjadi golongan yang sedikit dapat mengalahkan golongan yang banyak dengan izin Allah. Dan Allah beserta orang-orang yang sabar.”

Chechen antara wilayah yang diduduki etnik beragama Islam sejak sekian lama, kefahaman sesetengah penduduk sudah menebal bahawa mempertahankan tempat tumpah darah dari dirampas oleh pihak musuh Islam dianggap sebagai jihad apabila mati kerananya, seruan jihad yang disampaikan oleh baginda Rasulullah s.a.w tetap teriyang-iyang di setiap benak rakyat Chechen yang menggalakkan umat Islam terus berjihad pada jalan Allah SWT.

Jihad mujahidin Chechnya tidak bersendirian, kerana mereka didokong oleh beberapa tokoh mujahidin berbangsa Arab yang pernah membantu para mujahidin Afghanistan mengalahkan Soviet Union pada akhir sembilan puluhan.

Kalau di Afghanistan ada mujahid Arab terkenal, iaitu Dr Abdullah Azam yang banyak membantu menaikkan semangat jihad di kalangan mujahidin, namun di Chechen ada Komander as-Syahid Khattab yang pernah menempuh jihad selama dua belas tahun di Afghanistan dan Tajikistan sebelum Chechen.

Begitu juga dengan Hassan as-Sarehi, Komander Abu Bakar Aqeedah, iaitu komander tertinggi kepada as-Syahid Khattab, Anwar Sya’ban, Dr.Abu al-Harits al-Liebi, Muhamad Yusuf (mantan pimpinan Mujahidin Arab), Muhammad Husni, Abu Hamzah, Abu asy-Syahid at-Tunisi, Jaml Abu al-Ma’athi al-Mishri, Abu Mu’ad Al Qitry dan lainnya..

Sesungguhnya mereka berkenaan mendapat suntikan yang pernah disuarakan oleh as-Syahid Dr Abdullah Azam seperti yang pernah ditegaskan :

“Sekumpulan kecil. Merekalah yang meneruskan cita-cita ummah Islam ini. Dan sekumpulan yang lebih kecil lagi dari kumpulan kecil ini. Merekalah yang mengorbankan keinginan keduniaan peribadi mereka demi untuk bertindak dalam usaha memenuhi cita-cita tersebut. Dan sekumpulan yang lebih kecil dari kumpulan elit ini. Merekalah yang mengorbankan jiwa dan darah mereka demi mendapatkan kejayaan untuk cita-cita dan keyakinan ini. Maka, mereka adalah sekumpulan kecil dari sekumpulan kecil dari sekumpulan kecil.” [As-Syahid Dr Abdullah Azzam, dibunuh 1989]

Para mujahidin Arab yang bersama umat Islam Chechen, menghadapi keganasan dan kemaraan tentera Rusia, menjadikan khidmat mereka adalah hanya untuk Allah SWT, tidak ada apa lagi yang menarik perhatian mereka dengan kehidupan dunia yang serba melalaikan manusia, melainkan untuk berjihad dengan sepenuh jiwa raga, harta, masa keringat bagi memastikan Islam terus abadi di persada dunia ini.

Mereka boleh disifatkan seperti dalam firman Allah dalam ayat 23 surah al-Ahzab yang membawa maksud : “Di antara orang-orang yang beriman itu, ada yang bersikap benar menunaikan apa yang telah dijanjikannya kepada Allah (untuk berjuang membela Islam); maka di antara mereka ada yang telah selesai menjalankan janjinya itu (lalu gugur syahid), dan di antaranya ada yang menunggu giliran; dan mereka pula tidak mengubah (apa yang mereka janjikan itu) sedikitpun.” – HARAKAH 23/10/2017 {/mprestriction}