Nafsu Umno anjur program hiburan

MUNGKINKAH tanggapan pemimpin Umno, PAS mempunyai nafsu tinggi namun tidak mampu untuk mentadbir Kelantan kerana sukar menganjurkan program yang bertentangan dengan dasar kerajaan negeri.

Advertisement

Ketua Pemuda PAS negeri, Ahmad Fadhli Shaari berkata, belum pun Umno mentadbir negeri tersebut, mereka sudah menganjurkan program tarian dan hiburan.

Katanya, Puteri Umno pernah menganjurkan program tarian gelek ketika mesyuarat parti itu yang dihadiri pemimpin-pemimpin Umno.

Malah di Pasir Mas juga dianjur program Karnival Rakyat di Sekolah Kebangsaan Kelar tahun lepas yang menampilkan penyanyi wanita berpakaian ketat dan tidak menutup aurat membuat persembahan terbuka.

“Mungkin inilah yang dimaksud pemimpin Umno dengan menganggap PAS bernafsu tinggi. Cuba kita bayangkan bagaimana kalau mereka memiliki kuasa sudah tentu program itu dibiarkan.

“Ketika tiada kuasa pun mereka sanggup lakukan. Adakah tuan-puan mahu program seumpama itu dibiarkan berlaku di Kelantan pada masa akan datang,” katanya pada ceramah pentas anak muda di Kampung Tal Tujuh, Pasir Mas malam tadi.

Hadir sama Ketua Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Mohamad Khalil Abdul Hadi, Ketua Penerangan PAS Kelantan, Nazman Che Iberahim dan Adun Tendong, Rozi Muhammad.

Baru-baru ini Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed dilapor mendakwa PAS mempunyai nafsu besar namun tidak mampu mentadbir Kelantan. – HARAKAHDAILY 23/10/2017