Nasib dua beranak kemalangan dapat perhatian PAS

REMBAU: Nasib ibu tunggal, Asmidah Ahmad dan anaknya, Siti Mariam Zailani, 10 tahun yang terlibat dalam kemalangan motosikal telah mendapat perhatian daripada PAS Dun Kota.
 
Simpati nasib dua beranak itu, Pengarah Pilihan Raya Dun Kota, Ishak Omar bersama wakil Muslimat PAS Kawasan Rembau telah menziarahi mereka di Hospital Tunku Jaafar, Seremban semalam.
 
Pada ziarah itu, pihak PAS telah menyerahkan sumbangan untuk Asmidah dan anaknya yang baharu menjalani pembedahan setelah masing-masing mengalami patah kaki dan tangan.
 
Ujian itu ternyata menjadi kehibaan kepada keluarga yang merupakan penerima bulanan pencen RM600 Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) dan RM300 daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
 
Sedang motosikal digunakan itu menjadi pengangkutan penting mereka, selain begitu bergantung hidup dari pendapatan kecil Asmidah yang bekerja sebagai pembantu perniagaan.
 
Sehubungan itu, orang ramai yang prihatin boleh menghulurkan simpati melalui sumbangan menerusi PAS Dun Kota dengan menghubungi 012-349 4042 (Ishak) atau 012-226 7406 (Rozmal). – HARAKAHDAILY 23/10/2017
Advertisement