PAS Sarawak lancar Hasrat 2017-2027

MESYUARAT Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Negeri Sarawak hari ini Ahad 22 Oktober 2017 bersamaan 2 Safar 1439H meluluskan Halatuju Strategik 10 Tahun PAS Sarawak (HASRAT) 2017-2027 yang merupakan sebahagian dari usaha menjayakan Wawasan Induk Negara Sejahtera (WINS) 2051 PAS Pusat.

Advertisement

HASRAT 2017-2027 telah diusahakan oleh Lajnah Pemerkasaan Parti PAS Sarawak dibawa kelolaan Khairul Ismail. Input dan dapatan adalah hasil daripada Retreat Khas PAS Sarawak yang telah diadakan di Miri pada 29-30 Julai 2017 yang lepas.

HASRAT yang dihasilkan melalui Retreat tersebut dengan bantuan Fasilitator Mohd Effandi, Ir Hadi Amat dan Lokman Abdul Rahim telah disemak oleh Setiausaha PAS Sarawak Muhtar Suhaili dan diluluskan oleh Pesuruhjaya PAS Sarawak Jofri Jaraiee setelah mendapat pengendorsan Mesyuarat PAS Sarawak.

HASRAT 2017-2027 selari dengan hasrat PAS Sarawak yang ingin membina gerak kerja yang profesional, tersusun, digerakkan dan dipantau. HASRAT memperincikan Roadmap PAS Sarawak dengan VISI menjadi wadah pilihan rakyat ke arah Sarawak yang Berkebajikan dan Sejahtera selari dengan Visi dan Misi WINS 2051.

Terdapat 5 MISI yang ingin dicapai seperti berikut:
1. Melebar Agenda Dakwah Menerusi Program Pendidikan dan Kebajikan,
2. Meningkatkan Usaha Pengkaderan Anak Tempatan Sarawak,
3. Memperkasakan Agenda Tarbiyah dan Kepimpinan Ahli,
4. Memperkukuh Organisasi dan Dana,
5. Memenangi DUN Sulung dalam PRN12.

Selain itu, NILAI yang akan diterapkan ke arah pencapaian Visi dan Misi HASRAT adalah berpandukan Budaya Politik Matang & Sejahtera (BPMS) yang diterajui PAS kini.

Sempena Mesyuarat tersebut juga, saya telah menerima Borang Permohonan Keahlian Baru dari PAS Kawasan Santubong. Berita lanjut di sini: https://m.facebook.com/story.php

الحق بلا نظام يغلبه الباطل بنظام

“Kebenaran yang tidak terancang akan dikalahkan oleh kebatilan yang terancang.” Justeru, ayuh bersama memartabatkan perjuangan Islam di Sarawak Darul Hana dengan penuh berstrategi serta disulami taqwa dan tawakkal pada-Nya. – HARAKAHDAILY 23/10/2017

HasratS 2

HasratS 1