Tolak ekstradisi Dr Zakir Naik

zakir n

PENDAKWAH antarabangsa, Dr Zakir Naik tidak wajar diekstradisikan meskipun Kerajaan India memohon ekstradisi tokoh tersebut atas alasan beliau terlibat dengan aktiviti keganasan di sana.

Advertisement

tantawiDr Zakir Naik adalah tokoh yang diiktiraf dan disanjung keilmuannya di seluruh dunia. Disebabkan ketokohan yang dimiliki, beliau menerima kurnia sebagai Tokoh Maal Hijrah pada 2013. Kepetahan beliau berhujah dalam masalah perbandingan agama menyebabkan ramai di kalangan mereka yang akhirnya memeluk Islam. Inilah sebenarnya yang ditakuti oleh pihak lain.

Keganasan hanya alasan yang biasa digunakan terhadap pendakwah Islam antarabangsa untuk menghentikan dakwah yang disampaikan. Ramai tokoh pendakwah Islam yang akhirnya dihukum gantung dengan menggunakan alasan yang direka-reka kononnya terlibat dengan keganasan.

Malaysia tidak perlu layan permintaan ekstradisi kerajaan India terhadap Dr Zakir Naik. PAS dan seluruh rakyat Malaysia yang cintakan kebenaran akan tetap mempertahankan Dr Zakir Naik dari diekstradisi pulang ke negara India.

Nasrudin Hassan
Ketua Penerangan PAS Pusat
03 Safar 1439 / 23 Oktober 2017 – HARAKAHDAILY 23/10/2017