Kebobrokan Umno hasil didikan Mahathir

LAHIRNYA pimpinan Umno-BN yang terlibat dalam korupsi dan penyelewengan pada hari ini adalah kesan dari dasar dan polisi yang dilaksanakan sepanjang zaman pemerintahan Tun Dr Mahathir Mohamad.

Advertisement

Naib Presiden PAS, ustaz Idris Ahmad berkata kerajaan yang memerintah pada hari ini cerminan daripada 22 tahun pemerintahan mantan perdana menteri tersebut.

“Rakyat telah melalui pelbagai keperitan ketika di zaman pemerintahannya, pelbagai dasar yang dibawa perkenal memberi kesan kepada taraf hidup rakyat dan hasil negara tidak dinikmati secara sama rata dalam kalangan rakyat negara ini.

Misal kata, himpunan kleptokrasi yang dianjurkan Pakatan Harapan baru-baru ini, tidak mendapat sambutan sebagaimana diuar-uarkan dipromosi di media-media dan sebagainya, kerana rakyat sendiri telah bijak menilai dan memilih mana yang terbaik untuk masa depan negara, katanya.

Demikian itu, ujarnya penilaian tersebut wajar diterjemahkan dalam undian pada pilihan raya nanti dengan menolak untuk mengundi Umno-BN dan Pakatan Harapan kerana ia tidak akan mengubah nasib dan kedudukan rakyat.

“Sekarang ini berapa kerat sahaja yang nak bersama beliau, kerana apa yang diperjuangkan olehnya adalah akibat daripada 22 tahun pemerintahannya,” katanya. – HARAKAHDAILY 25/10/2017