Mahathir hipokrit menentang kleptokrasi

KHALIL3

KUALA LUMPUR: Ketua Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi menegaskan bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad merupakan seorang pimpinan yang tidak jujur kerana berhasrat mengubah negara apabila tidak memiliki kuasa.

Advertisement

Katanya, Mahathir yang membawa agenda menentang kleptokrasi itu jika jujur tentu telah melakukan dasar-dasar yang baik ketika di era pemerintahannya.  

“Rakyat boleh menilai bahawa Tun Mahathir adalah seorang pemimpin yang tidak jujur, kalau beliau jujur tentu beliau telah melakukan dasar-dasar yang baik, yang telus di zaman pemerintahannya tetapi beliau tidak buat,” tegasnya.{mprestriction ids=”1,2,3,4,5″}

Beliau melihat sikap yang diambil  Mahathir sekarang yang lantang kononnya mendedahkan penyelewengan-penyelewengan yang dilakukan oleh kerajaan Umno-BN tetapi rakyat boleh menilai, adakah beliau seorang yang jujur ataupun hipokrit dengan perjuangan tersebut?

Katanya amalan negara berdemokrasi tidak menghalang sesiapa untuk berpolitik namun begitu rakyat diingatkan bijak menilai sikap pimpinan yang berpolitik berasaskan kebenaran dan bukan politik persepsi serta sensitiviti semata-mata.

Beliau  berkata, rakyat seharusnya sedar kerosakan sistem yang berlaku hari ini disebabkan Mahathir yang meletakkan polisi-polisi yang kesannya dirasai rakyat pada hari ini.

“Contohnya, polisi penswastaan. Ini dimulakan di zaman Tun Mahathir secara meluas dan menyeluruh sehingga kerajaan banyak lepas tangan dengan tanggungjawab khususnya dalam perkara-perkara asas melibatkan seperti sektor pendidikan, sektor kesihatan, jalan raya dan lain-lain lagi,.

Katanya, Mahathir telah melebar dan meluaskan dasar penswastaan menyebabkan kerajaan hingga ke zaman ini masih lagi diuruskan secara ‘berniaga’ dengan rakyat sebagai contoh lebuhraya untuk kegunaan rakyat.{/mprestriction}