Mahathir patut bela rakyat ketika berkuasa

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamed sepatutnya berjuang untuk rakyat semasa beliau berkuasa dahulu, kata Timbalan Presiden PAS, Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man.

Advertisement

Katanya, di zaman pemerintahan beliau selama 25 tahun, pelbagai kes dan salahguna kuasa berlaku.

“Sepatutnya beliau tidak hanya mendesak di waktu ini kerana segala kelemahan, penyelewengan, salah guna kuasa  berlaku di era beliau lagi. Jika kita lihat pelbagai isu yang melibatkan rasuah, seperti Perwaja, Forex dan sebagainya berlaku di era pemerintahannya,” katanya.

Menurut beliau, PAS akan terus menentang segala kesalahan yang berlaku di negara ini sama ada di bawah pimpinan Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak atau Mahathir sebelum ini.{mprestriction ids=”1,2,3,4,5″}

Katanya, segala penyelewengan, salah gunakuasa dan pelbagai lagi akan merugikan rakyat dan negara.

Justeru tambah beliau, PAS berpendirian  jika mahu menyelamatkan negara perlu kembali kepada Islam.

“Kita kena keluar daripada kemelut yang ada kepada sistem yang baharu. Jika mengulangi perkara yang sama, kita akan baik kepada keputusan atau hasil yang sama,” katanya lagi.

Beliau berkata, sistem yang baharu adalah sistem yang diturun oleh Allah SWT iaitu mempunyai kebenaran  dan mampu untuk menyelesaikan masalah negara.

Dalam pada itu katanya, biarpun Mahathir begitu bersungguh untuk mengajak rakyat bersamanya, rakyat sudah tahu siapa dia sebenarnya.

Bahkan  katanya, beliau percaya rakyat kurang yakin dengan Mahathir.

“Kita dapat lihat banyak himpunan yang dilaku beliau bersama Pakatan Harapan kurang mendapat sambutan. Gelombang rakyat yang diharapkan beliau pun sangat hambar,” katanya.{/mprestriction}