U-Bes sedia anjur muay Thai luar Kelantan

KERAJAAN Kelantan melalui Urusetia Belia Dan Sukan (U-BeS) bersedia untuk menganjurkan pertandingan muay Thai di luar Kelatan sekiranya ada mana-mana negeri lain yang berminat, kata Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Belia dan Sukan, Datuk Abdul Fattah Mahmood.

Advertisement

Menurut beliau, pihaknya sentiasa berusaha untuk memperkenalkan dan memajukan sukan mempertahankan diri itu.

“Kita berharap muay menjadi antara sukan yang diminati anak muda,” katanya ketika merasmikan Kejohanan International Muay Fight yang berlangsung di Stadium Sultan Muhammad Ke-1V pada 17-18 Oktober lalu. {mprestriction ids=”1,2,3,4,5″}

Muay Thai merupakan sukan seni mmepertahankan diri yang popular di Kelantan serta beberapa negeri lagi seperti Kedah.

Kejohanan International Muay Fight anjuran bersama U-bes dan Persatuan Muay Kelantan turut dihadiri Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pasir Tumbuh, Abdul Rahman Yunus; Pengarah Urusetia Belia dan Sukan, Mohd Fadhli Shaari dan Presiden Persatuan Muay Thai Kelantan, Datuk Dr Zulkepli Mohamad.

Kejohanan itu turut menyaksikan semua peserta diwajibkan menutup aurat sebagaimana syarat yang diputuskan oleh kerajaan negeri.

Kata Abdul Fattah, kerajaan negeri menetapkan lapan garis panduan yang perlu dipatuhi penganjur dan peserta kejohanan muay Thai yang diadakan di Kelantan.

Antaranya kata beliau, peserta mesti menutup aurat, tidak dibenarkan pemakaian azimat dan wanita tidak dilarang berada di atas gelanggang.

Katanya, syarat yang dibuat kerajaan negeri bukan untuk menyukarkan penganjur dan pemain, sebaliknya bagi mencari keharmonian bagi mengelak perkara tidak diingini berlaku.

Exco kerajaan negeri itu berkata, peraturan berkaitan Islam perlu diutamakan dalam melaksanakan setiap perkara di Kelantan termasuk sukan.

Kejohanan Muay Thai sebelum ini pernah dianjurkan kerajaan negeri pada 2015. {/mprestriction}