Soal jawab agama bersama Ustaz Azhar Idrus

1. SIFAT CEMBURU UNTUK LELAKI

Advertisement

Soalan: Bagaimana pandangan Ustaz tentang seorang isteri yang cemburu berlebih-lebihan terhadap suaminya. Adakah wajar seorang isteri bersikap sedemikian?    

Jawapan: Cemburu ini sifat laki-laki, bukan sifat perempuan. Semalam dalam satu segman dalam televisyen mereka ada buat tentang perasaan cemburu. Yang diinterview oleh mereka adalah isteri-isteri orang. Itu salah. Mereka bertanya kepada isteri-isteri itu sama ada mereka ada perasaan cemburu atau tidak kepada suami mereka. Mereka bertanya, macam mana perasaan itu datang dan macam mana mereka mengatasinya dan sebagainya. Yang itu salah. Yang sebenarnya cemburu sifat lelaki, bukan sifat isteri. Suaminya kena cemburu kalau isterinya bercakap melalui telefon dengan orang lain. Suami kena cemburu kalau isterinya naik keluar kereta dengan orang laki-laki lain. Suaminya kena cemburu kalau isterinya ada mesej dengan orang laki-laki lain. Yang itu baharu tepat.{mprestriction ids=”1,2,3,4,5″}

Isteri tidak boleh cemburu kalau suami dia bercakap dengan perempuan lain. Isteri tidak boleh cemburu kalau suami dia berjumpa dengan perempuan lain. Kerana apa? Kerana Allah membenarkan laki-laki itu berkahwin lebih daripada seorang. “Fankihu makho balakun minannisa masna wasulasa waruba'”, hendaklah kamu berkahwin yang baik-baik di kalangan perempuan Islam itu dua atau tiga atau empat. “Fainkiptun ala ta’dilu fawahidah”, maka jikalau kamu bimbang tidak berlaku keadilan maka sudah cukuplah dengan seorang. Maknanya sifat cemburu sifat suami.

Kita tidak. Suami tidak ada sifat cemburu, isteri pula yang ada sifat cemburu, jadi terbalik. Terbalik rosaklah. Benda atau hak atau sifat orang lain, perkakas orang lain, dipakai oleh orang lain. Sifat cemburu itu perkakas laki-laki, kita bagi pakai kepada isteri kita. Isteri kita itu tiada sifat cemburu. Ia jadi terbalik. Jadi peninglah orang tengok. Masyarakat sudah jadi pening. Tidak percaya, macam ini, kita pakai hak isteri kita. Kita pakai baju isteri kita. Tidak payah pergi jauh, pergi ke pasar sahaja sekali esok. Isteri kita pakai kain pelikat berbaju Melayu, pakai songkok, kita pakai baju kelawar, pakai skaf atas kepala, sapu gincu, hendak termuntah tengok muka. Jadi tidak boleh. Pakaian itu pakaian zahir, pakaian akhlak begitu juga. Orang laki-laki pakaian dia cemburu.

Sekarang dia tidak cemburu. Malah elok-elok sahaja pula dia pergi hantar isteri dia berlatih drama. Bodoh punya suami. Isteri dia berlakon drama. Apabila sudah jadi pelakon drama, suami pergi hantar isteri dia berlakon dengan kereta. Dia tengoklah isteri dia berlakon itu. Dalam lakonan itu, isterinya pegang tangan lelaki lain. Isterinya duduk atas katil begitu beginilah, berpeluk dan sebagainya. Maklumlah drama. Suami tiada masalahlah, tidak marah sedikit pun, sebab drama, tiada cemburu sedikit pun. Bodoh sungguh. Apa benda suami macam itu? Bodoh lebih daripada kura-kura. Mana boleh. Kita buat apa-apa pun walaupun atas nama skrip drama, arahan pengarah, tidak boleh. Hukum tidak boleh, tidak bolehlah. Benda yang boleh, boleh juga. Yang haram tetap haram. Itulah kata tiada sifat cemburu langsung.

Isteri dia seorang atlet. Suami pergi hantar isteri hendak berlatih, hendak berlari, hendak berlawan, hendak berlumba lari dalam Sukma nanti. Suami pergi hantar, isteri hendak berlumba lari 100 meter. Lari 100 meter bukan pakai jilbab. Buang track suit pula di hadapan khalayak ramai. Kalau stadium kita yang baharu itu muat 40,000 orang. Kalau 40,000 orang duduk dalam stadium, isteri dia itu buka seluar di hadapan khalayak ramai, 40,000 itu bermakna 80,000 biji mata tengok. Yang ambil dengan kamera pula, yang ambil dengan video pula, masukkan dalam tv, masuk dalam itu, masuk dalam ini. Kalau tutup aurat boleh tahan kira lagi. Tidak tutup aurat. Daripada pakai track pakai seluar pendek. Daripada pakai baju biasa, track suit, buka, pakai baju kecil, baju Sukma yang ada nombornya itu. Baju kecil, seluar kecil itu, suami duduk tengoklah. Bersorak pula. “Came on, come on”.  “Come on” kepala bapak kamu “came on”? Isteri kamu bertelanjang di hadapan khalayak ramai itu, dengan kamu sekali masuk ke dasar neraka nanti.

Orang yang membenarkan isterinya membuka auratnya di khalayak ramai akan diheret, dihumban ke dalam api neraka dan mendapat nama fasik serta merta. Jangan main-main. Jangan main-main, sukan, sukan juga. Kita tumpang bumi orang, kena ikut undang-undanglah. Bumi orang, ini bumi Allah, ia ada undang-undang. Hendak berlari tiada masalah, tutup aurat. Hendak main terjun papan anjal, tidak usah kata papan anjal, naik atas bumbung sekali pun untuk terjun, tiada salah, tutup aurat. Ini apa pakai seluar kecil macam itu.

Acara renang ada juga. Renang pakai kain pelikat dengan baju Melayu? Mesti pakai spender. Molekkah? Di hadapan khalayak ramai itu? Tergamakkah kita (jika kita ini bermaruah)? Tidak usah ramailah, tiga orang sudah cukup, kita pakai spender lalu di hadapan mereka, terjun, tergamakkah? Tidak tergamak. Kambing pun lari. Tidak percaya, ambil kambing, heret, lepas itu bagi pakaikan spender kepada kambing itu bagi lalu di hadapan orang ramai di kolam renang, dengan pantasnya kambing lari, “bekkkk bekkk”, memang takut kambing. Kenapa manusia pula yang berani beraksi di hadapan orang ramai dengan seluar dalam sahaja? Bodoh daripada kambing lagi. Tidak kiralah siapa-siapa pun. Kalau sudah menyertai acara macam itu, eloklah tarik diri balik. Melainkan dia terjun pakai kain pelikat, baju Melayu, siap dengan pakai serban, itu lainlah. Maknanya bukan salah dia terjun itu, salah aurat itu. Haram itu “aridi”.

2. SIAPAKAH ULUL ALBAB?

Soalan: Boleh Ustaz jelaskan, siapakah ulul albab? Saya sering dengar pemimpin kerajaan bercakap mengenainya dan kononnya ingin melahirkan golongan seperti itu, tetapi apa yang dilakukan nampaknya bertentangan dengan apa yang dikatakan itu.

Jawapan: Antara bodoh dan jahil, yang manakah yang kita mahu? Kedua-duanya itu kita tidak mahu belaka. Bodoh kita tidak mahu, jahil pun kita tidak mahu. Kita hendak ulil absor, ulul albab, seperti yang diiklankan dekat jejantas-jejantas itu. Siapa ulul albab itu? Orang yang cerah mata fikirannya sampai melangkau sirotulmustaqim. Itu dia ulul albab. Kalau sekadar yang buat konsert, itu bukan ulul albab. Yang itu, buah hulu belebak. Kalau buat konsert, roboh surau, roboh masjid, orang ceramah, orang mengajar, tidak disukainya dan dimarahinya, ulama yang hebat-hebat digam, itu bukan ulul albab. Kalau orang menyanyi sehingga dijemput yang jauh-jauh, penyanyi yang bertempik dalam tv macam anak beruk, disukainya, tidak pula digam, itu bukan ulul albab. Itu buah hulu cicah belebak.

Ulul albab ini ayat Quran. Orang yang Tuhan buka pintu mata hatinya sehingga boleh melihat sampai kepada lebih kepada alam akhirat, itu ulul albablah. Kalau sekadar bercakap sahaja hendak kepada akhirat, tapi lalai hingga tidak sembahyang, itu bukan ulul albab. Akhirat apa sampai tidak sembahyang? Bukan ulul albab kalau macam itu. {/mprestriction}