Angkara DAP terhadap Islam tak boleh diterima

zakir n

GESAAN DAP yang dilihat cenderung menyokong langkah ke arah ekstradisi Dr Zakir Naik oleh pihak Kerajaan India menunjukkan parti itu sentiasa berminat mengikut telunjuk pihak luar berbanding pendirian negara sendiri. DAP jelas tidak mempunyai kesetiaan dan kepercayaan kepada perkara sepenting itu oleh pihak negara sendiri, tetapi berdiri di posisi lain yang bertentangan.

Advertisement

kamaruzamanMalah, DAP nampaknya telah seia sekata dengan pihak-pihak yang sering membina persepsi, propaganda dan momokan Islamofobia. Bahkan juga seakan menyertai pihak-pihak yang berkempen memburu dan melabel para pendakwah Islam dengan tuduhan berkait ekstremisme. Kini tokoh pendakwah perbandingan agama terkemuka kelahiran India itu juga sedang mengalami doktrin serupa.

Sewajarnya, DAP sebagai parti politik negara ini yang terdiri dari warga Malaysia melihat dari kaca mata sama terhadap permainan jahat dunia itu. Tetapi DAP jelas menjadi ‘agen’ kepada motif memerangi Islam yang dimaklumi ramai adalah percaturan dan perencanaan Zionis Israel. DAP telah menjadi samseng demokrasi yang menggunakan kedudukan bagi menimbulkan ancaman.

Tindakan DAP mensasarkan Islam pada syariat, umat dan pemimpinnya boleh dianggap mencabar dan menggugat ketenteraman awam serta menyentuh sensitiviti agama, juga keharmonian kaum. Kerana majoriti rakyat Malaysia adalah beragama Islam, selain Islam merupakan agama Persekutuan Malaysia. Ia telah diterima masyarakat majmuk negara ini sejak lebih 50 tahun dahulu.

Maka, tindakan-tindakan DAP melalui campur tangan dan tidak hormat terhadap hal ini adalah melampau serta angkuh. Ia amat menyakitkan dan sukar untuk diterima secara wajar. Demikian itu, kami memberi peringatan kepada DAP untuk menghentikan semua kebiadaban ini demi masa depan yang lebih harmoni.

KAMARUZAMAN MOHAMAD
Setiausaha Kongres Rakyat – HARAKAHDAILY 27/10/2017