Makan laksa kutip dana PRU

KEMAMAN: Penaja PAS Cawangan Taman Selasih telah menganjurkan program Makan Laksa dalam usaha mendapatkan dana bagi PRU14 di perkarangan Surau Hijau Taman Selasih, Kerteh, di sini pagi tadi.
 
Tambah menarik lagi majlis turut diisi dengan pancaran siaran secara langsung Kuliah Dhuha dari Masjid Rusila, Marang.
 
Menurut Ketua Penerangan PAS MTD Kemasik, Ustaz Asri Kadir, program ini antara lain bagi memperkukuhkan jentera di Cawangan terbabit ke arah memastikan kemenangan PAS di Dun Kemasik.
 
Tambahnya lagi, dana yang terkumpul akan digunakan bagi gerak kerja dan program kebajikan di Cawangan terbabit.
 
Beliau turut menyatakan kepentingan untuk seluruh jentera melipatgandakan kerja bagi memastikan masyarakat bersama PAS dalam PRU 14.
 
Beliau yang juga merupakan Ketua Penaja PAS Cawangan terbabit turut berharap program seumpama terus dilangsungkan bagi mencapai pelbagai tujuan.
 
Turut hadir, Pemuda Dun Kemasik, Muslimat Dun Kemasik dan pimpinan setempat. – HARAKAHDAILY 27/10/2017
Advertisement