Megat Nordin meninggal dunia

ARTIS dikir barat bersuara emas, Megat Nordin meninggal dunia pagi semalam kerana penyakit kanser hati.

Advertisement

Allahyarham meninggal dunia kebetulan jatuh pada ulang tahun kelahirannya ke-56 semalam.

MegatNMegat meninggal dunia kira kira pukul 11.50 pagi di kediaman bapanya di Kampung Kenali, Kubang Kerian.

Nama sebenarnya Nordin Yusof, hanya mampu terbaring dan keadaannya makin serius sejak awal bulan ini.

Megat Nordin dimasukkan ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) menjalani pembedahan 18 Oktober lalu untuk membuang lebihan cecair.  

“Malam tadi, suami mengadu sakit dan kepenatan sebelum menghembuskan nafaz terakhir,” ujar isteri Allahyarham, Khorunnisa Madiyoh, 48.

Sebelum ini Khorunnisa memberitahu suaminya disahkan mengidap penyakit itu bulan April lalu.– HARAKAHDAILY 28/10/2017