Pasar Siti Hajar: PAS bantu peniaga pindah

LAJNAH Pekerja, Pengguna dan Alam Sekitar DPPM mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada Jabatan Amal Malaysia Negeri Kelantan yang dipimpin oleh Tuan Nik Asmawie Abdullah, PAS Kawasan Pasir Puteh yang diketuai oleh Ustaz Tuan Syarifudin Tuan Ismail, pimpinan PAS Kawasan, Ahli Majlis Daerah Pasir Puteh, Presiden Dewan Usahawan Kelantan, Ustaz Mohd Zaki Zakaria dan seluruh aktivis yang telah menjayakan program Gotong Royong Membantu para peniaga Pasar Besar Pasir Puteh memindahkan barangan mereka ke Pasar Siti Hajar yang baru dibuka.

Advertisement

Seramai hampir 100 orang anggota Jabatan Amal dari Pasir Puteh dan kawasan berdekatan turun mendekati rakyat dan membantu proses memunggah barang serta pemindahan. Rata-rata para peniaga dan pelanggan pasar menyambut mesra kehadiran petugas petugas Amal.

LPPAS juga memberi amaran kepada puak parti pembangkang khasnya Umno dan PAN supaya menghentikan aktiviti menghasut dan mengadu domba dalam kalangan peniaga di sini. Sepatutnya semua pihak bergandingan dalam memberikan khidmat yang terbaik kepada rakyat. – HARAKAHDAILY 28/10/2017

SitiHpindah 2

SitiHpindah 3

SitiHpindah 4