Timbalan Ketua DUP Perlis kembali ke rahmatillah

TIMBALAN Ketua Dewan Ulamak PAS Perlis, Ustaz Soleh Adam kembali ke rahmatillah pada jam 2.15 pagi tadi.

Advertisement

Perkara itu dimaklumkan oleh Timbalan Pesuruhjaya PAS negeri, Ustaz Yussaine Yahya menerusi tulisan di laman web PAS Negeri Perlis.

Menurutnya, jenazah Almarhum disolatkan di Ma’had Tahfiz Al Quran Al Imam An Nawawi (MATIN), Kampung Abi Padang Machang, Kangar dan dikebumikan di tanah perkuburan Kompleks MATIN. – HARAKAHDAILY 27/10/2017