Benarkah agamamu sempit jika anda komited kepada Islam?

TERDAPAT sesetengah pendapat orang awam dalam kalangan orang Islam dalam negara kita menyebut, bahawa apabila  seorang muslim yang komited atau berpegang teguh kepada ajaran agamanya, maka banyak perkara tidak diizin untuk dilakukan kerana ia bertentangan dengan hukum-hukum Islam sebenar.

Advertisement

Benarkah tanggapan orang awam sebegitu, atau pun kerana mereka tidak boleh melakukan tuntutan ajaran agama, maka dikatakan apa-apa sahaja asalkan dalam meloloskan diri daripadanya, ada juga yang mengatakan bahawa golongan yang berpegang kepada ajaran Islam mudah menjadi golong ekstrimis {mprestriction ids=”1,2,3,4,5″}

Dengan kenyataan seumpama itu, orang Islam tidak boleh menyertai konsert-konsert hiburan, juga tidak dibenarkan menyertai bidang sukan yang melibatkan pendedahan aurat secara terbuka, wanita Islam tidak boleh terlibat dalam bidang-bidang kerjaya yang diceburi oleh kaum lelaki dan banyak lagi isu yang seolah-olah menyukarkan orang Islam untuk maju dan berdaya saing, tetapi benarkah tanggapan seumpama itu.

Persoalannya di sini, adakah baginda Rasulullah s.a.w dan para sahabat tidak tergolong dalam golongan mereka yang benar-benar komited dengan Islam hingga dikatakan tidak menjual agama dengan kepentingan dunia, malah dengan kesungguhan beramal dengan Islam, ramai dalam kalangan manusia pada waktu itu tertarik untuk berjinak-jinak dengan Islam dari pelbagai peringkat umur, pangkat dan jawatan, ini tidak lain kerana Islam yang ditonjolkan mereka benar-benar menepati cita rasa jiwa dan sanubari mereka yang penuh dengan habuan dan janji-janji dunia yang melalaikan.

Apakah penampilan seorang muslimah bertudung kepala (berhijab) di tengah-tengah masyarakat menjalankan aktiviti harian termasuk golongan berkerjaya boleh menggugat keutuhan sosio-ekonomi, semata-mata mempertahamkan haknya sebagai wanita yang menjayakan hukum-hukum Islam.

Ramai juga dalam kalangan wanita yang tidak berhijab kecundang dalam bidang yang diceburinya, adalah  tidak adil sebagai seorang yang bernama Islam menuduh, menuding atau memfitnah Islam adalah punca kegagalan dan penyebabkan kepada tidak menjayakan sesuatu perancangan yang hebat.

Malah sekarang di Eropah dan di Amerika, ramai muslimah bekerjaya yang memakai jilbab/hijab memegang jawatan penting dalam sektor kerajaan dan swasta, malah masyarakat di sana sudah mula boleh menerima kerana perilaku mereka ditonton oleh yang lain dengan pandangan positif malah berpuas hati dan mereka mengatakan bahawa Muslim di negara mereka adalah kelompok masyarakat yang penuh dengan adab, akhlak dan tata tusila yang tinggi yang patut dicontohi seperti di Kanada, Austria, Norway dan Britain.

Perlu diingat dan dikenang, bahawa masyarakat di masa lampau yang disebut oleh Allah dalam al-Quran yang hampir dengan Nabi Muhammad s.a.w merupakan golongan yang berjaya kerana menjalankan tugas amar makruf dan cegah daripada melakukan kemungkaran, hal ini disebut oleh Allah menrusi ayat 104 surah ~Ali ‘Imran yang bermaksud : Hendaklah ada dalam kalangan kamu (orang-orang Islam) menyuruh kepada perkara yang baik serta makruf dan mencegah perkara mungkar dan keji dari dilakukan, sesungguhnya mereka itu adalah orang-orang yang berjaya.

Sesungguhnya ayat di atas menunjukkan kepada kita, bahawa Allah menjelaskan golongan yang komited dengan kerja-kerja dakwah (menyeru) kepada Islam adalah gologan yang berjaya, kerana bukan semua daripada kita sanggup untuk melakukan tugas yang suci itu disebabkan berat dan dipenuhi dengan liku-liku yang tidak sanggup diredah oleh kebanyakan orang, apabila mereka telah melakukannya, maka orang Islam yang tidak mahu atau mampu melakukannya tidak lagi berdosa, kerana telah digugurkan oleh mereka yang sanggup, sepatutnya kita berterima-kasih kepada mereka dan bukan mengutuk apatah lagi melabel mereka dengan golongan terrorist.

Maka apabila ia berlaku, salah faham mengenai Islam pun terjadi dan menebal dalam sanubari sebahagian pemikiran umat Islam, orang-orang yang melakukan tugas-tugas dakwah dalam kalangan ulama’, para ustaz/ustazah, penceramah disinonimkan dengan ekstrim, terrorist atau pengganas.

Persoalan di sini, adakah adil apabila dilabelkan orang yang bersungguh untuk menyelamatkan manusia yang tidak komited dengan Islam dikatakan pelampau, bagaimana pula pandangan Allah terhadap mereka yang menghina Islam, tidak bertudung kepala, bercampur antara lelaki dan perempuan secara bebas, menyambut tahun bari Kristian, seorang wanita yang tidak menutup aurat dengan sempurna menyanyi di hadapan khalayak ramai termasuk lelaki yang bukan mahramnya, menghidupkan waktu malam dengan bersukan, seorang wanita bukan mahram memeluk seorang lelaki dengan memberi ucapan tahniah kerana berjaya dalam sesuatu kejayaan seperti sukan, bersalaman antara lelaki dan perempuan secara bebas, tidak menjalankan hukum Allah dalam al-Quran malah mempersendakannya, tidak mendakwa golongan yang hina Islam seperti Sisters In Islam, tidak mendakwa orang yang disabitkan terlibat dengan maksiat malah membebaskan mereka dengan pelbagai saluran, sementara yang berjaya menangkap orang buat maksiat tidak dibela, adakah perbuatan-perbuatan itu dianggap tidak melampau di sisi Allah.

Adakah tindakan membelakangkan hukum Islam dianggap satu kemajuan dan sebaliknya apabila Islam mahu dijalankan oleh sesetengah pihak dikatakan tindakan jumud dan barbarian, inilah yang tercetus mutakhir ini dari insan bernama Siti Kassim yang amat jelas benci kepada Islam, adakah terdapat agamawan secara bertubi-tubi menyerangnya dengan melabelkan dengan ungkapan sekian sekian dan sebagainya, kalau ada seorang dua pun mufti yang berbuat demikian atas kapasitinya sebagai orang yang bertanggungjawab memelihara kesucian Islam yang dibenarkan oleh Islam?.

Inilah fenomena yang melanda umat Islam walau pun di mana mereka berada, selagi Islam tidak didaulatkan sebagai perlembagaan dan peraturan yang tertinggi dalam sebuah negara, maka pada ketika itu kita tidak boleh dikatakan sebagai umat contoh atau umat yang terbaik yang dilahirkan buat umat manusia sejagat, malah memang layak kita disebut sebagai umat yang paling buruk kerana tidak komited kepada Islam.

Apapun, bukan kerana seseorang muslim itu cenderung kepada agamanya dikatakan sebagai jumud atau keras dalam sesuatu hukum, malah apa yang dilakukan itu adalah sebagai pelaksana kepada apa yang ada dalam ajaran agama Islam kerana semua kita dituntut untuk melaksanakannya dengan penuh rela pasrah terhadap perintah Allah SWT.

Cuma apa yang mendukacitakan banyak pihak, terdapat mereka yang menzahirkan Islam sama ada dari sudut pakaian, kenyataan atau tindakan, tetapi pada masa yang sama melakukan tindakan yang tidak selari dengan ajaran baginda Rasulullah s.a.w, sebagai contoh tindakan pihak tertentu yang menggunakan kayu siwak setiap masa, malah mendedahkannya di hadapan orang lain yang mungkin merasa jijik tetapi tidak mampu untuk menegur, sedangkan kata nabi bahawa penggunaan kayu siwak itu apabila mahu mendirikan solat, bukan pada masa yang lain.

Justeru, tindakan ini boleh menjejas kredibiliti sunnah baginda, ia bukan pendekatan Rasulullah, malah lebih kepada kejahilan atau keghairahan individu tertentu untuk melaksana tetapi kurang faham selok belok agama Islam yang sebenar. Bagi menyelesaikan masalah tersebut di atas, adalah dicadangkan kepada semua umat Islam, agar memastikan diri dengan pelaksana beberapa etika di bawah ini, untuk sampai kepada kesejahteraan institusi masyarakat umat Islam di semua peringkat.

Ciri atau faktor yang perlu ada pada diri muslim/nuslimah :

1. Membaca, menghafal serta memahami kandungan Al-Quran.
2. Iltizam dengan apa yang disyariatkan.
3. Pelajari/Hayati kisah-kisah Nabi.
4. Ambillah tauladan.
5. Berdoa kepada Allah memohon keteguhan iman.
6. Berusaha sentiasa mengingati Allah dalam keadaan apapun.
7. Berusaha untuk mendapat keredhaan Allah.
8. Tuntutlah Ilmu.
9. Menyeru orang ke jalan Allah.
10. Dekatlah/berkawan dengan para alim ulama.
11. Yakin dengan pertolongan Allah/Islam sebagai agama yg benar.
12. Tahu hakikat kebatilan.
13. Bersifat yang baik/akhlak tinggi.
14. Minta wasiat/nasihat dari orang-orang Soleh.
15. Renungi kenikmatan Syurga/

Penulis dengan penuh harapan mengharapkan diri sendiri dan para pembaca sekelian yang budiman, agar kita sama-sama merealisasikan tanggungjawab sebagai insan Muslim/ Muslimah dengan melakukan ‘Amar Ma’ruf nahi Munkar’ yang merupakan tunjang ciri umat yang baik seperti yang difirmankan Allah dalam al-Quran. {/mprestriction}