Tiada siapa mampu jinakkan hati manusia melainkan Allah

Tafsir Surah Al- Anfal Ayat 63 (Bahagian 2)

Advertisement

KEMUDIAN Ibnu Mas’ud r.a. mengatakan bahawa mereka adalah orang-orang yang saling menyenangi kerana Allah. Menurut riwayat lain ayat ini diturunkan berkenaan dengan orang-orang yang saling menyukai kerana Allah. Demikianlah menurut riwayat Imam Nasai dan Imam Hakim di dalam kitab Mustadraknya. Lalu Imam Hakim mengatakan bahawa atsar ini sahih.

Abdur Razzaq mengatakan, telah menceritakan kepada kami Ma’mar, dari Ibnu Towus  dari ayahnya dari Ibnu Abbas yang mengatakan “Sesungguhnya silaturrahmi itu dapat terputuskan, dan nikmat itu dapat teringkari; dan sesungguhnya Allah itu apabila mendekatkan (melunakkan) di antara hati orang-orang yang tadinya bermusuhan, maka tidak  ada sesuatu pun yang dapat menggoyahkannya.”{mprestriction ids=”1,2,3,4,5”}

Kemudian Ibnu Abbas membacakan firman Allah yang bermaksud, ‘Walaupun kamu membelanjakan semua (kekayaan) yang berada di bumi, nescaya kamu tidak dapat mempersatukan mereka.” (Surah Al-Anfal: 63). Atsar ini diriwayatkan oleh Imam Hakim pula.

Abu Amr Al-Auza’i mengatakan, telah menceritakan kepadaku Abdah ibnu Abu Lubabah, dari Mujahid yang ia jumpai, lalu Mujahid memegang tangannya dan berkata, “Apabila dua orang yang saling menyukai kerana Allah bersua, lalu salah seorang di antaranya memegang tangan sahabatnya dan tersenyum kepadanya, maka berguguranlah semua dosanya sebagaimana daun-daun kering berguguran.”

Abdah berkata, “Sesungguhnya hal itu mudah.” Ibnu Abbas menjawab, “Jangan kamu katakan demikian, kerana sesungguhnya Allah SWT telah berfirman yang bermaksud, “Walaupun kamu membelanjakan semua (kekayaan) yang berada di bumi, nescaya kamu tidak dapat mempersatukan hati mereka.” (Surah Al-Anfal: 63).” Abdah mengatakan bahawa setelah itu dia mengakui Ibnu Abbas lebih mendalam ilmunya daripada dirinya.

Ibnu Jarir mengatakan, telah menceritakan kepada kami Abu Kuraib, telah menceritakan kepada kami Ibnu Yaman, dari Ibrahim Al-Jazari, dari Al-Walid Ibnu Abu Mugis. dari Mujahid yang mengatakan bahawa apabila dua orang muslim bersua, lalu keduanya berjabatan tangan, maka keduanya mendapat ampunan.

Al-Walid bertanya kepada Mujahid, “Apakah hanya dengan tangan keduanya diampuni?” Mujahid menjawab, “Tidakkah engkau mendengar firman Allah SWT yang bermaksud,  “Walaupun kamu membelanjakan semua (kekayaan) yang berada di bumi, nescaya kamu tidak dapat mempersatukan hati mereka, tetapi Allah telah mempersatukan hati mereka. (Surah Al Anfal : 63).

Maka Al-Walid berkata kepada Mujahid, “Engkau lebih mengetahui daripada aku.” Hal yang sama telah diriwayatkan oleh Talhah ibnu Musyarrif, dari Mujahid. Ibnu Aun telah meriwayatkan dari Umair ibnu Ishaq yang telah menyatakan bahawa kami dahulu sering membicarakan bahawa hal yang mula-mula diangkat (dilenyapkan) dari manusia ialah kerukunan.

Al-Hafiz Abul Qasim Sulaiman ibnu Ahmad At-Tabrani mengatakan, telah menceritakan kepada kami Al-Husain ibnu Ishaq At-Tusturi, telah menceritakan kepada kami Ubaidillah ibnu Umar Al-Qawariri, telah menceritakan kepada kami Salim ibnu Gailan, bahawa ia pernah mendengar Ja’d (iaitu Abu Usman) mengatakan bahawa telah menceritakan kepadaku Abu Usman An-Nahdi, dari Salman Al-Farisi, bahawa Rasulullah s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud, “Sesungguhnya seorang muslim itu apabila bersua dengan saudara semuslimnya lalu ia menjabat tangannya, maka berguguranlah dosa keduanya, sebagaimana daun-daun kering berguguran dari pohonnya di hari yang berangin kencang. Dan selain itu diampunilah bagi keduanya dosa-dosanya, sekalipun banyaknya seperti buih lautan.{/mprestriction}