PAS Ampang santuni penduduk Dun Bukit Antarabangsa

AMPANG: PAS Kawasan Ampang telah turun bertemu dengan penduduk di Pangsapuri Berembang Indah, di sini semalam.
 
Pada pertemuan tersebut, penerangan mengenai inisiatif-inisiatif ditawarkan Kerajaan Negeri Selangor telah diberikan kepada penduduk disampaikan ADN Lembah Jaya, Khasim Abd Aziz.
 
PAS Kawasan Ampang mendapati, rata-rata penduduk di situ mempunyai pendapatan isi rumah di bawah RM3,000.
 
Di mana, masih ramai dalam kalangan mereka yang tidak dapat menikmati inisiatif-inisitif tersebut kerana kurang maklumat.
 
Kehadiran PAS telah disambut baik oleh penduduk, malah mendapat kerjasama dari Pengerusi Badan Pengurusan Bersama (JMB) Abdul Malik Alang.
 
Ketua Cawangan Kampung Berembang sejak penubuhannya pada tahun 2001, Mazelan Ahmad juga melahirkan rasa gembira di atas reaksi baik dari penduduk.
 
Sementara para penduduk pula melahirkan pandangan positif kepada PAS yang disifatkan sebagai parti prihatin terhadap keperluan masyarakat.
 
Sempena majlis itu juga PAS Ampang telah menyampaikan sumbangan berupa barangan keperluan dapur kepada keluarga yang memerlukan.
 
PAS bakal bertanding di Dun Bukit Antarabangsa buat pertama kalinya pada PRU14 nanti yang sebelum ini dimenangi PKR. – HARAKAHDAILY 30/10/2017
Advertisement