Renungi persoalan Munkar Nakir dalam alam barzakh (3)

MALAH bagi mukmin yang sejati, mukmin yang taat menjalankan setiap perintah Tuhan, mukmin yang ketika di dunia mengerjakan amal-amal soleh serta amal- amal yang akan dinilai Tuhan sebagai amal yang layak diberi ganjaran pahala, ketika kedua Munkar dan Nakir datang bertanyakan diri, mereka akan berkata-kata dengan suara yang lemah lembut walaupun rupanya begitu hebat dan gagah tadi.
 
Walau pun rupa mereka begitu mengerikan, tetapi kerana mereka bersuara dengan lemah lembut, sedikit pun tidak mendatangkan gentar dan khuatir kepada mayat mukmin yang soleh tadi. Bila kedua Munkar dan Nakir bertanya kepada mayat mukmin yang soleh tadi, setiap soalannya dapat dijawab. Semua persoalan yang di- kemukakan seperti yang kita dengar melalui pembacaan talqin seperti, “Siapa Tuhan kamu?” “Siapa penghulu kamu?” “Apa agama kamu?” “Siapa imam kamu?” dan sebagainya, semua itu dapat mereka jawab dengan lancar dan dengan lidah yang fasih. Inilah yang berlaku kepada orang mukmin yang sejati.{mprestriction ids=”1,2,3,4,5″}

Advertisement

Sebaliknya, orang mukmin yang derhaka, mukmin yang mati membawa amal-amal jahat, mukmin yang mati membawa hati yang kotor yang berselaput dengan sifat riak, sombong, takabur, hasad dengki, gila dunia, kedekut, bakhil, pemarah, pembengis dan lain-lain sifat keji, dia tidak akan dapat menjawab persoalan-persoalan yang walaupun nampaknya mudah saja.
 
Persoalan seperti “Siapa Tuhan kamu?” tentu nampaknya mudah saja dijawab kerana mungkin di dunia kita telah menyebut nama Tuhan di dalam wirid zikir jutaan kali. Tetapi oleh kerana mereka mati dengan ntembawa amal jahat, amal yang derhaka kepada Tuhan, amal yang dilarang dan diharamkan oleh Allah SWT sama ada yang zahir mahupun yang batin, persoalan yang mudah seperti “Siapa Tuhan kamu?” tidak akan dapat dijawab. Allah SWT tidak mengizinkan orang-orang yang derhaka, ingkar dan mungkar menyebut namaNya ketika di akhirat nanti.
 
Allah tidak akan mengizinkan orang yang mengaku dirinya Islam tetapi tidak taat kepada suruhan yang terkandung di dalam ajaran Islam menyebut namaNya ketika di akhirat nanti Allah akan kunci mati mulutnya. Begitu juga. dia tidak akan dapat menjawab pertanyaan. “Siapa penghulu kamu?” dengan mengatakan “Muhammad nabi aku” kerana di dunia dia tidak menjalankan disunnahkan oleh Rasul.
 
Walaupun di dunia dia menyambut hari keputeraan Rasul, telah membaca sejarah Rasul dan sebagainya, tetapi kerana dia tidak ikut sunnah Rasul. tindak tanduknya setiap hari tidak sesuai dengan apa yang Rasul suruh dan apa yang Rasul larang, maka di akhirat nanti dia tidak boleh menyebut Muhammad itu pesuruh Allah nabi yang menjadi ikutan kita.
 
Begitu juga, orang mukmin yang derhaka kepada Allah, dia tidak boleh menjawab soalan “Siapa imam kamu?” Soalan ini nampaknya rnudah tetapi bukan mudah bagi mukmin yang derhaka kerana dia tidak faham maksud imam di sini. Imam yang dimaksudkan ialah Al Quran. Dia nanti tidak boleh menyebut Al Quran kerana di dunia dia hanya tahu apa itu Al Quran tetapi hidupnya tidak disuluh dengan Al Quran.
 
Kehendak Al Quran tidak diikuti sepenuhnya. Boleh jadi kita ikul setengah darinya tetapi yang setengah lagi kita tidak ikut. Kerana ini, orang yang demikian tidak akan dapat menjawab “Al Quran itu imamku”. Malah orang yang demikian, Allah sebut di dalam Al Quran, maksudnya : Apakah kamu beriman dengan sebahagian daripada kitab (iaitu Al-Quran) dan kufur dengan sebahagian yang lain (iaitu ingkar).
 
Tidaklah ada balasannya bagi orang yang berbuat demikian melainkan hina hidupnya di dunia dan di akhirat dia akan dikembalikan kepada azab yang amat dahsyat. Allah tidak sekali-kali lalai daripada apa yang kamu buat”
 
Dan begitu jugalah dengan soalan-soalan yang lain, walaupun nampaknya mudah tetapi bagi orang-orang yang durhaka kepada Allah, lidahnya kelu dan Allah kunci mati mulutnya hingga tidak boleh berkata apa-apa lagi. Munkar dan Nakir akan mengazabnya dengan azab yang amat dahsyat.
 
Sebaliknya, bagi orang mukmin yang soleh, yang taat kepada perintah Allah dan Rasul yang mengatur setiap aspek kehidupannya mengikut Al-Quran dan Sunnah dari aspek yang sekecil-kecilnya hinggalah ke aspek yang sebesar-besarnya, mereka ini dapat menjawab dengan mudah setiap soalan yang ditanya oleh Munkar dan Nakir.
Apabila semua soalan itu telah dijawab, maka malaikat Munkar dan Nakir pun mempersilakan mayat tadi berehat di satu kawasan yang sangat luas. Kemudian malaikal pun berkala, “Tidurlah kamu di sini sebagai tidur pengantin”. Yang dimaksudkan ialah tidur yang penuh dengan keindahan dan keseronokan yang dinikmati di alam barzakh bagi orang mukmin soleh adalah lebih dari keindahan malam pengantin. Nikmat-nikmat kehidupan di dalam Syurga Allah hantarkan melalui malaikat-malaikat untuk mereka. {/mprestriction}