Muslimat periksa tahap kesediaan jentera

KANGAR: Keselarasan dan kesepaduan gerak kerja pilihan raya antara semua entiti PAS penting dalam mewujudkan kekuatan sebagai jentera yang berkesan.
 
Sehubungan itu, Jabatan Pilihan Raya Dewan Muslimat PAS Malaysia telah mengadakan lawatan kerja memeriksa tahap persiapan jenteranya di Perlis.
 
Pertemuan diketuai Pengarahnya, Noraini Hussain bersama Jabatan Pilihan Raya Dewan Muslimat PAS Negeri Perlis itu berlangsung di Kompleks PAS Perlis, di sini semalam.
 
Menurut Noraini, lawatan itu adalah rutin pemantauan pihaknya dalam memastikan penyelarasan gerak kerja HalWa di peringkat Negeri, Parlimen dan Dun.
 
Sempena lawatan itu juga, mereka turut berkesempatan bertemu dengan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Hashim Jasin serta Ketua Muslimat PAS Perlis, Ustazah Latifah Mat. – HARAKAHDAILY 1/11/2017
Advertisement