Belanjawan 2018 Selangor, komitmen untuk rakyat

BELANJAWAN 2018 Negeri Selangor menunjukkan komitmen kerajaan negeri untuk menyelesaikan masalah perumahan rakyat.

Advertisement

1. SELANGOR SMART HOME BUYER

Satu program yang dinamakan Selangor Smart Home Buyer telah diperuntukkan RM15 juta.

Di bawah skim ini kerajaan negeri akan membayar deposit 10 peratus bagi mereka yang membeli rumah Jenis B (100k) dan Jenis C (180k) daripada syarikat kerajaan negeri seperti Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) dan Worlwide Holdings.

Deposit adalah bagi pembeli mendapatkan pinjaman bank.

Pembeli hanya perlu membayar balik setelah satu tempoh yg ditetapkan.

Program ini untuk mereka berpendapatan isi rumah kurang dari RM10,000 sebulan akan dinikmati oleh 1,000 pembeli rumah di Selangor.

2. BANTUAN MENGECAT PANGSAPURI KOS RENDAH.

Belanjawan 2018 Kerajaan Negeri Selangor memperuntukan RM20 juta untuk program mengecat semula pangsapuri kos rendah.

Penduduk tidak perlu membayar balik kos mengecat ini.

Adalah dianggarkan pangsapuri di 46 kawasan pembangunan akan menerima manfaat dari program ini.

Ia akan melibatkan 138 blok.

Peruntukkan ini menunjukkan keprihatinan kerajaan negeri terhadap penduduk pangsapuri kos rendah.

3. PROGRAM SMART LIFE AKAN DITERUSKAN.

Program Smart Life yang diperkenalkan dalam tahun 2017 akan diteruskan.

Untuk tahun ini, di bawah program tersebut sebanyak RM29.3 juta telah dibelanjakan bagi membaikpulih dan mengganti lif di 59 blok pangsapuri kos rendah yang melibatkan 118 buah lif.

Belanjawan 2018 Kerajaan Negeri Selangor telah memperuntukkan RM12 juta untuk membaikpulih dan mengganti lif di pangsapuri kos rendah.

Kerajaan negeri memahami penduduk pangsapuri kos rendah tidak mampu untuk membaikpulih atau mengganti lif di pembangunan mereka.

Oleh yang demikian sebagai kerajaan yang prihatin, program Smart Life ini akan diteruskan.

Selain itu, RM1 juta juga telah diperuntukkan untuk membantu penduduk menyelenggarakan lif-lif mereka.

3. HUTANG SKIM CERIA DILUPUSKAN.

Belanjawan 2018 Kerajaan Negeri Selangor melihat hutang bagi skim CERIA dilupuskan.

Skim CERIA atau Program Baikpulih Negeri Berkebajikan adalah skim membaikpulih pangsapuri kos rendah dan kos sederhana berkonsepkan perkongsian kos di antara kerajaan negeri dan penduduk.

Bagi kos rendah kerajaan negeri menanggung 80 peratus kos dan penduduk 20 peratus. Bagi kos sederhana perkongsian kos adalah 60 : 40.

Ini bermakna sebanyak RM8.2 juta akan dilupuskan

Skim CERIA akan tetapkan diteruskan untuk tahun 2018 dengan peruntukan RM13 juta.

Tetapi ia bukan untuk kerja-kerja melibatkan lif kerana kerja-kerja tersebut adalah di bawah skim SMART LIFE.

Skim CERIA membantu penduduk membaikpulih kediaman mereka kerana kualiti kebanyakan pangsapuri-pangsapuri kos rendah yang dibina di zaman pentadbiran Barisan Nasional adalah rendah.

DATO ISKANDAR ABDUL SAMAD
Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Kehidupan Bandar
Negeri Selangor
3 November 2017 – HARAKAHDAILY 3/11/2017