Tabung buluh kumpul dana pilihan raya

MUSLIMAT PAS Cawangan Kampung Bertang mengekalkan cara tradisional untuk mengumpul dana pilihan raya iaitu menggunakan tabung buluh.  

Advertisement

Ketuanya, Dalmah Ismail berkata, setiap ahli diberi sebuah tabung buluh diletak di rumah masing-masing bagi tempoh lima tahun.

Katanya, apabila sudah sampai tempohnya tabung itu dibawa ke markas dan dikira beramai-ramai sebelum diserah kepada bendahari untuk disimpan.{mprestriction ids=”1,2,3,4,5″}

“Kaedah ini amat sesuai bagi cawangan yang tidak mempunyai ramai ahli dan tiada sumber kewangan tetap.  

“Walaupun jumlahnya tidak seberapa namun ia memberikan hasil yang memuaskan hasil komitmen ahli,” katanya di sini.

Beliau juga berkata, dalam tempoh lima tahun mereka menyasarkan dapat mengumpul RM15,000.  

Katanya jumlah itu tidak mustahil diperolehi memandangkan dalam tempoh beberapa bulan sahaja jumlah yang berjaya dikumpul berjumlah RM3,000.

“Dana itu juga boleh digunakan untuk membantu ahli yang menghadapi musibah. Kata pepatah sikit-sikit lama-lama menjadi bukit,” ujarnya. {/mprestriction}