Bajet rakyat dari desa ke kota

ADUN Bangi, Ustaz Shafie Ngah mengucapkan terima kasih kepada Menteri Besar Selangor yang membentangkan Bajet untuk rakyat dari desa hingga ke kota.

Advertisement

Katanya, Bajet 2018 itu lebih merakyat dan memberikan fokus kepada dua kumpulan iaitu B40 dan golongan wanita.

“Saya harap kaum wanita dapat manfaat yang banyak daripada Bajet ini iaitu wanita B40.Selangor adalah negeri yang terkedepan dan saya harap kedepan membela rakyat di bawah B40,” katanya.

{mprestriction ids=”1,2,3,4,5″}

Menyeluruh dan bersepadu

Adun Selat Klang, Dr Halimah Ali berkata, Bajet 2018 negeri Selangor sangat menyeluruh dan bersepadu untuk dilaksanakan kepada semua rakyat khususnya golongan B40.

Beliau berharap dengan pembentangan Bajet tersebut banyak jalan-jalan rosak di kampung-kampung dapat diselesaikan.

Pembangunan katanya perlu diwujudkan di kampung-kampung khususnya di pinggir bandar.

Peruntukan pembangunan wanita bertambah

Adun Sri Serdang, Noor Hanim Ismail bersyukur kerana banyak perkembangan dan penambahan yang dilakukan dalam Bajet 2018 seperti untuk pembangunan wanita dari RM30 ribu ditambah menjadi RM50 ribu.

Katanya, ini satu perkembangan yang sangat baik untuk pertumbuhan sokongan rakyat terutama golongan wanita.

“Sebagai Adun wanita saya sangat bangga dengan penambahan peruntukan itu. Kita maklum bahawa pengundi wanita lebih 50 peratus jadi peruntukan wanita perlu diteruskan,” katanya.

Beliau akan terus melebarkan tugas untuk menjana ekonomi wanita sebagaimana yang disediakan dalam Bajet 2018.

{/mprestriction}