Bajet Selangor jauh lebih baik daripada Pusat

KERAJAAN Negeri Selangor jauh lebih baik daripada pusat kerana masih lagi mengekalkan peruntukan pembangunan yang lebih besar berbanding pengurusan.

Advertisement

Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor Sallehen Mukhyi berkata demikian ketika ditemui selepas Pembentangan Belanjawan DUN Selangor pada 3 November yang lalu. 

“Peruntukan pembangunan pusat hanya 18% manakala pengurusan pula 82 peratus. Berbanding kita yang meletakkan 47 peratus sebagai pengurusan dan 53 peratus pembangunan. Ini dilihat akan dapat memacu soal kerancakan pembangunan di negeri Selangor,” ujarnya.

{mprestriction ids=”1,2,3,4,5″}

Sallehen yang juga Adun Sabak turut menyentuh tentang beberapa produk baharu.

“Kasih Ibu Smart Selangor (KISS) adalah antara produk baharu yang diperkenalkan. Dari segi sasaran nampak ia lebih menyeluruh; dengan kesemua golongan dilihat dimasukkan dalam belanjawan pada kali ini. Kelebihan akan diperolehi oleh B40 yakni golongan berpendapatan berpendapatan RM3,000 ke bawah,” ulasnya lagi.

{/mprestriction}