Hina keturunan, kaum bukan kaedah politik Islam

DEWAN Pemuda PAS Malaysia memandang serius kenyataan Ahli-pahli Dewan  Sultan Selangor berhubung kekecewaan Baginda Sultan ke atas bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohammad berikutan ucapan di Himounan Sayangi Malaysia-Hapuskan Kleptokrasi yang berlangsung di Padang Timur, 14 Oktober lalu yang dilihat memandang serong keturunan Bugis di negara ini.

Advertisement

“Menghina keturunan atau kaum bukan kaedah politik Islam. Bahkan Islam memberi pengiktirafan kepada masyarakat majoriti sesebuah negeri atau negara untuk menjadi pemimpin negeri/negara berkenaan.

Politik menjatuhkan lawan dengan cara menghina kaum atau keturunan inilah yang menjadi sebab diperkenalkan Budaya Politik Matang Sejahtera (BPMS) oleh PAS.” kata Setiausaha Dewan Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Afnan Hamimi Taib Azamudden kepada Harakah 3 November lalu.{mprestriction ids=”1,2,3,4,5″}

Menurut Ustaz Afnan,  dalam ciri kedua BPMS iaitu Politik Dakwah,  PAS mensasarkan usaha untuk mengubah dasar perjuangan pesaing politik, bukannya menghapuskannya.

“Inilah tujuan para Nabi diutuskan, untuk mengubah dasar perjuangan pemerintah-pemerintah yang sedia ada ketika itu supaya mereka menyembah Allah SWT, bukannya menyembah pangkat, harta atau makhluk. Apabila ada dalam kalangan pemerintah tersebut mengubah perjuangan mereka, menyembah Allah SWT, maka mereka terus dibenarkan memerintah dengan damai dan aman,” tegasnya lagi.

Menurut beliau lagi, aspek inilah yang membezakan politik konvensional dengan politik Islam dimana politik Islam membicarakan mengenai politik ‘what’, iaitu apa yang menjadi dasar dan polisi pemerintahan.

“Berbeza dengan politik konvensional yang mementingkan mengenai politik ‘who’, siapa yang akan jadi PM, siapa keturunannya, siapa akan menang, siapa akan ke Putrajaya dan lain-lain slogan seumpamanya.
Antara dasar pemerintahan dan siapa yang memerintah, dasar pemerintahan adalah lebih diutamakan. Jika berubah pemerintah sekalipun, namun dasar yang rosak dikekalkan, ia tetap rosak,” ujarnya lagi.

Dalam kenyataan akhbar setiausaha Dewan Raja-raja  Selangor  menyatakan,  setelah berbincang dengan Ahli-ahli Dewan di-Raja Selangor pada 2 November 2017 memandang serius, murka dan amat kecewa dengan petikan ucapan Dr. Mahathir  yang dilihat cuba menghasut rakyat Malaysia untuk membenci, menghina dan memandang serong terhadap bangsa Bugis.

Baginda menjelaskan, berdasarkan rakaman klip video ucapan berkenaan yang tular di media sosial, tohmahan dan kenyataan Dr Mahathir itu jelas menghina dan menggolongkan bangsa Bugis ini kononnya berasal usul dari golongan lanun, perompak dan penjenayah.

Ahli-ahli Dewan di-Raja Selangor menganggap ucapan berkenaan amatlah keterlaluan dan boleh mencetuskan perasaan benci dan prasangka buruk rakyat terhadap bangsa Bugis sehingga boleh mencetuskan kekecohan dan huru-hara. Tohmahan ini secara tidak langsung menghina salasilah dan keturunan Sultan Selangor yang berasal dari Bugis.

Fakta sejarah membuktikan Kesultanan Selangor berketurunan Bugis merupakan pahlawan yang memperjuangkan dan mempertahankan agama dan keamanan di seluruh kepulauan Melayu Nusantara.{/mprestriction}