Kerajaan Selangor mampu jayakan Bajet rakyat

ADUN Paya Jaras, Mohd Khairuddin Othman berkata, kerajaan negeri Selangor kali ini melalui pembentangan Bajet 2018 berjaya mempersembahkan Bajet rakyat.

Advertisement

Katanya ia dapat dijayakan kerana Menteri Besar, Dato’ Mohamad Azmin Ali berani membawa bajet yang begitu baik dengan bayaran bonus kepada penjawat Awam yang besar.

Menurut beliau, tumpuan Bajet juga diberikan kepada golongan B40 iaitu golongan pendapatan rendah.

{mprestriction ids=”1,2,3,4,5″}

“Saya rasa rakyat Selangor berasa bangga menajdi rakyat negeri ini. Saya yakin tidak ada wajah yang tidak yakin dengan Bajet yang dibentangkan oleh MB kerana Selangor ada kekuatan dana yang besar,” katanya ketika ditemui di dewan Annex selepas pembentangan Bajet 2018, Jumaat lalu.

“Lebih menarik peruntukan untuk kesihatan yang tidak ada negeri lain melaksanakannya. Skim Peduli Sihat hanya negeri Selangor sahaja yang menyediakan dan sekarang ini ada skim untuk pesakit jantung,”katanya.

{/mprestriction}