Komitmen Selangor selesai masalah rumah rakyat

PENGERUSI Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Kehidupan Bandar, Dato’ Iskandar Abdul Samad berkata Bajet 2018 Negeri Selangor menunjukkan komitmen kerajaan negeri untuk menyelesaikan masalah perumahan rakyat.

Advertisement

Katanya, satu program yang dinamakan Selangor Smart Home Buyer telah diperuntukkan sebanyak RM15 juta.

Di bawah skim ini katanya, kerajaan negeri akan membayar deposit 10 peratus bagi mereka yang membeli rumah janis B (100k) dan jenis C (180k) daripada syarikat kerajaan negeri seperti Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) dan Worldwide Holdings.

{mprestriction ids=”1,2,3,4,5″}

Menurut beliau, deposit adalah bagi pembeli mendapatkan pinjaman bank dan pembeli hanya perlu membayar balik setelah satu tempoh yang ditetapkan.

“Pogram ini untuk mereka berpendapatan isi kurang dari RM10,000 sebulan akan dinikmati oelh 1,000 pembeli di Selangor. Bantuan mengecat pangsapuri kos rendah,” katanya.

Beliau yang juga Adun Chempaka berkata Bajet ini juga melihat peruntukan RM20 juta untuk program mengecat semula pangsapuri kos rendah.

“Penduduk tidak perlu membayar balik kos mengecat ini dan dianggarkan pangsapuri di 46 kawasan pembangunan akan menerima manfaat dari program tersebut.

Ia akan melibatkan 138 blok dan peruntukan ini menunjukkan keprihatinan kerajaan negeri terhadap penduduk pangsapuri kos rendah,” katanya.

Program smart life pula katanya akan diteruskan yang diperkenalkan dalaam tahun 2017 dan untuk tahun ini di bawah program tersebut sebanyak RM29.3 juta telah dibelanjakan bagi membaikpulih dan mengganti lift di 59 blok pangsapuri kos rendah yang melibatkan 118 buah lif.

Beliau berkata, Bajet ini telah memperuntukkan RM12 juta untuk membaikpulih dan mengganti lif di pembangunan mereka.

Justeru tambah beliau sebagai kerajaan yang prihatin, program Smart LIfe ini akan diteruskan dan selain itu RM1 juta telah diperuntukkan untuk membantu penduduk menyelenggarakan lif di pangsapuri tempat tinggal mereka.

{/mprestriction}