Nasi Lemak Fastaqim kesempatan dekati masyarakat

KANGAR: Mengambil hikmah dari sunnah amalan bersedekah yang dapat mengerat hubungan sesama Muslim, PAS Kawasan Kangar telah mengadakan edaran nasi lemak percuma di Dun Sena, semalam.
 
Pengarah MTD Sena, Ustaz Fakhrul Anwar Ismail berkata, menerusi program itu PAS dapat menyantuni dan mendekati masyarakat selain menggiatkam kempen memperkenalkan PAS.
 
Program itu juga katanya, menggalakkan ahli untuk bersedekah terutama pada hari Jumaat dan dibuka juga untuk mereka yang mahu berbuat demikian.
 
Maklum beliau, program julung kali dijalankan itu memberi orang ramai nasi lemak yang dinamakan sebagai ‘Nasi Lemak Fastaqim’ dan akan diedarkan di lokasi berbeza setiap pagi Jumaat.
 
Pemberian seperti itu juga dilihat memberi peluang kepada mereka yang berada mengeratkan rasa kasih dengan sumbangan kecil termampu dihulurkan ramai pihak. – HARAKAHDAILY 4/11/2017
Advertisement