Gagasan Sejahtera serah memo ke Felda

GAGASAN Sejahtera telah menyerahkan memorandum enam tuntutan asas kepada pengurusan tertinggi Felda di Menara Felda hari ini.

Advertisement

Penyerahan diketuai Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Presiden Ikatan, Tan Sri Abdul Kadir Syeikh Fadzir.

Antara intipati memorandum Gagasan Sejahtera mendesak penubuhan Suruhanjaya Siasatan Di Raja bagi menyiasat serta mengaudit keseluruhan operasi Felda dan semua anak syarikatnya terutama semasa Tan Sri Isa Samad memegang jawatan pengerusi Felda.

Selain itu diharapkan adanya penyusunan semula operasi FGV khasnya pelaburan yang dilihat tidak mendatangkan keuntungan.

Memorandum tersebut juga mendesak Felda menyediakan skim perumahan dan peluang pekerjaan untuk generasi kedua.

Beberapa tuntutan lain juga dibuat demi melihat Felda bergerak dengan baik selepas ini, dalam masa yang sama kebajikan peneroka Felda diutamakan.

Hadir sama Ketua Pemuda PAS, Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi,  Ketua Muslimat, Ustazah Nuridah Mohd Salleh, Timbalannya, Dr Rosni Adam, Ketua Penerangan Muslimat, Ustazah Wan Hasrina Wan Hassan.– HARAKAHDAILY 6/11/2017

Lanjut dalam Harakah 2296 edisi Jumaat di pasaran.

MemoGas4

MemoGas 2

MemoGas 3