PRU 14: Mampukah Umno Terengganu bertahan?

SETELAH PAS dilihat melepaskan satu peluang yang baik untuk berkuasa semula di Terengganu bagi kali ke-3 dalam PRU ke-12 dimana dalam pilihanraya tersebut, PAS berjaya mempertahankan Kelantan dan merampas Kedah bersama dengan Pakatan Rakyat serta membentuk kerajaan di Selangor dan Perak pada tahun 2008.

Advertisement

Sebelum Pilihan Raya Umum ke13, saya ada menulis dalam kolum, Kalam Perantau, satu analisa dan  pandangan politik bertajuk, Mampukah PAS kembali memerintah Terengganu? {mprestriction ids=”1,2,3,4,5″}

PRU13: Umno pertahankan Terengganu

Umno-BN berjaya  membentuk kerajaan di negeri Terengganu setelah rakyat memberikan mandat untuk terus menerajui pemerintahan negeri Terengagnu selama satu penggal lagi  dengan tahap kepercayaan yang makin rendah dan keyakinan itu seolah-olah makin menipis bila hanya mampu mendapat 17 kerusi berbanding dengan PAS/PR sebanyak 15 kerusi (14 PAS, 1 PKR) dalam satu pertarungan yanmg sengit.

Umno-BN bernasib baik kerana Besut dan Setiu gagal ditembusi PAS/PR. Ini merupakan penggal ketiga berturut-turut kerajaan Umno-BN bertahan di Terengganu selepas mereka berjaya mengambil alih semula daripada PAS (yang cuma sepenggal dan kemudiannya ditolak rakyat dalam Pilihan Raya Umum 2004).
Pada PRU-11 2004, PAS/BA ketika itu kehilangan semua Parlimen dan tinggal 4 kerusi DUN tradisinya iaitu Wakaf Mempelam, Batu Buruk, Ru Rendang dan Manir.

Kesemua lapan DUN yang dimenangi PAS dalam PRU ke-12 sebelum ini, iaitu Bukit Tunggal (majoriti336), Wakaf Mempelam (majoriti 2193), Ladang (31), Batu Buruk (1,161), Bukit Payung (.115), Ru Rendang (2,686), Manir (.432) dan Sura (1,000) terus Berjaya dikekalkan dalam PRU-13.

Malah dalam pilihan raya umum ke-13 tersebut, PAS juga berjaya meraih enam daripada lapan DUN yang tewas dengan majoriti kurang dari 1,000 undi pada PRU ke-13 iaitu Tepuh (majoriti 430), Teluk Pasu (462), Alur Limbat (799), Rantau Abang (790), Paka (344) dan Cukai (.769).

Rakan pakatannya, Parti Keadilan Rakyat (PKR) mula bertapak dan menang di DUN Bandar (di kawasan 38 peratus pengundi Cina) dimana telah tewas dengan majoriti 1,142 undi ketika PRU ke-12 sebelum itu.

Bagi kerusi Parlimen pula, PAS berjaya menambahkan bilangan ialah Kuala Nerus (sebelum itu, kalah dengan majoriti 1,341) dan  Dungun (sebelum itu tewas dengan 4,994) disamping Kuala Terengganu dan Marang yang telah dimenangi dalam pilihanraya sebelumnya.

Demokrasi sentiasa membuka peluang bagi setiap individu membuat pilihan tentang siapa dan parti mana yang mereka suka ketika itu. PAS  memang mengimpikan untuk kembali ke Wisma Darul Iman sebagaimana yang diperoleh semasa `tsunami’ politik melanda pada PRU-10 1999, apabila ia menguasai kesemua kerusi Parlimen dan 28 DUN, cuma kalah di 4 DUN sahaja, iaitu Seberang Takir, Ajil, Telemong dan Kemasek.

Dalam menghadapi PRU ke-14 nanti, PAS mesti bijak membuat percaturan politik dalam usahanya menggantikan Umno di Terengganu atau Umno dikekalkan memerintah Terengganu sekali lagi kerana rakyat tidak yakin dengan tawaran PAS. Pemilihan calon pilihanraya hendaklah dari kalangan berkelayakan yang boleh menang dan menepati kehendak pengundi serta dilihat sebagai satu pasukan yang boleh memberikan “harapan baru” kepada PAS atau Umno  untuk memerintah negeri Terengganu.

Saya tidak bercadang untuk membuat analisa terperinci terhadap PAS  dan Umno  tentang apa   yang perlu dilakukan oleh PAS untuk menyakinkan rakyat dalam memberikan undi sekali lagi kepada mereka dalam PRU ke-14. Saya juga tidak memasukkan faktor pihak ketiga, parti-parti dalam Pakatan Harapan kerana tidak berapa ketara kehadiran mereka dalam politik Terengganu.

Di sini, saya perturunkan semula apa yang saya telah tulis sebelum ini sebagai satu renungan bersama. Kegagalan PAS menawan Terengganu dalam PRU ke-12 adalah kerana kesilapan strategi atau ada sebab lain?

Saya masih ingat, lebih kurang 9 bulan sebelum PRU ke-12, Ikatan Anak Perantauan Terengganu (Perantau) mengadakan “Seminar : Analisa Politik Terengganu – Mampukah PAS Menguasai Terengganu?” sempena dengan Kongres Anak Terengganu pada Sabtu, 30hb. Jun 2007 di Kuala Lumpur.
Seorang wakil Perantau, Dr. Shafie Abu Bakar membuat satu kertas induk bertajuk ‘Mampukah PAS kuasai Terengganu?’ dan mantan Menteri Besar Terengganu yang juga Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang memberikan ucaptama yang bertajuk, “Kembalikan Pemerintahan Islam di Terengganu” serta saya sendiri sebagai Pengarah program telah memberikan ucapan aluan bertemakan ‘memikirkan masa depan Terengganu!.

PRU14: PAS ada masa depan di Terengganu

Dalam satu kajian lapangan (Perantau, 2007) menunjukkan beberapa fakta yang menarik, iaitu mereka (rakyat Terengganu) tidak kisah siapa yang memerintah, asalkan tidak ganggu kerja mereka (63 peratus), manakala yang mahu memastikan pemerintah (32 peratus  dan yang tidak tahu (5 peratus ). Pandangan pihak wanita pula lebih berbeza, tak kisah, jangan ganggu kerja mereka (67  peratus), perlu pastikan pemerintah (24 peratus) dan tak tahu (9 peratus) (Perantau,2007:11 & 19)

Ini menunjukkan penduduk Terengganu bersifat terbuka dan sedia menerima pelbagai parti dan ideologi. Tiada elemen budaya dan dialek bahasa tempatan (seperti Kelantan) yang boleh mengikat rasa ‘kekitaan dan kemegahan’ yang tinggi untuk mempertahankan identiti negeri khususnya bila berada di luar Terengganu di kalangan penduduk negeri Terengganu berbanding dengan penduduk negeri Kelantan.

Kerajaan PAS berjaya memerintah Terengganu sebanyak dua kali. Kali pertama bertahan selama dua  tahun 4 bulan (1959 hingga 1961) pimpinan (Allayarham) Daud Samad sebagai Menteri Besar dan kemudiannya selama satu penggal sahaja pada kali kedua (1999-2004) pimpinan Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang sebagai Menteri Besar.

Setakat ini PAS hanya mampu bertahan memerintah Terengganu tidak lebih dari satu penggal berbanding di Kelantan. Kali pertama kerajaan PAS Kelantan bertahan selama 18 tahun dan kali kedua bertahan sehingga sekarang (telah melebihi 20 tahun, sekarang dah masuk 27 tahun).

Semasa berkuasa selama 4 tahun (1999-2004) di Terengganu, PAS berusaha mewujudkan pembangunan dan menjaga kebajikan rakyat seperti pembahagian tanah kepada rakyat, menghapuskan cukai pintu dan tol serta berusaha melaksanakan pemerintahan Islam di Terengganu tetapi disebabkan berbagai halangan dari segi ekonomi dan politik, kemampuan mereka dilihat sebagai terhad.

Selepas kekalahan PAS kepada UMNO (BN) pada pilihanraya 2004, PAS seharusnya telah mengatur langkah bagi memulihkan kekuatan bagi menguasai pemerintahan di Terengganu.

Menurut Pesuruhjaya PAS Terengganu, Dato’ Ustaz Husin Awang, “perancangan untuk merampas semula telah berlaku lama sejak 2004 lagi, selepas Terengganu dirampas semula oleh BN. Diperingkat ‘grass root’ rakyat bermuafakat sesama mereka, dan kata orang Terengganu…”tahun ini kita ubah (kerajaan) sekali”, kadang-kadang bukan orang PAS sahaja, orang Umno pun sama juga. Mereka mahu berubah kepada kerajaan PAS”, tegas beliau yang juga mantan Speaker Dewan Undangan Negeri Terengganu (1999-2004). Pengundi memberi sokongan politik bergantung kepada isu dan suasana semasa.

Bermula tahun ini, kita mulakan satu langkah baru menyerang Umno/BN dengan slogan yang digunakan, iaitu “PAS Harapan Semua,PAS Ganti Umno”. Kita menerangkan kepada rakyat tentang penyelewengan-penyelewengan yang dibuat oleh kerajaan BN Terengganu, ketidakupayaan UMNO BN Terengganu memberikan kesegaran kepada rakyat negeri itu”.

Mantan Speaker DUN Terengganu tersebut berkata, “kita sudah mula bergerak untuk menyakinkan rakyat negeri Terengganu bahawa PAS mesti menggantikan Umno dalam PRU ke-14 nanti. Di sinilah letaknya kebijaksanaan percaturan politik Datuk Husin Awang sebagai “nakhoda” atau Pesuruhjaya PAS di Terengganu.{/mprestriction}