Lebih 1,000 undi pos di kem yang belum siap?

AGAK mengejutkan, kem tentera yang masih dalam pembinaan sudah disenaraikan lebih 1,000 pengundi pos yang akan mengundi di situ.

Advertisement

Demikian dakwa Yang Dipertua PAS Bera, Ir Musanif Abdul Rahman. Beliau berkata, apa yang SPR lakukan SPR itu amat menghairankan kerana belum ada lagi anggota tentera di kem tersebut.Ir Musanif Abd Rahman

Tindakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memasukkan senarai nama pengundi pos dalam buku daftar pemilih di kawasan Undangan Negeri (Dun) Kemayan menimpulkan pelbagai persoalan.

Katanya, biar pun kem tentera masih dalam pembinaan, SPR sudah menyenaraikan begitu ramai pengundi pos. – HARAKAHDAILY 7/11/2017

(Ikuti pendedahan lanjut dalam Harakah edisi cetak keluaran akan datang)