Klausa penanggungan pihak insurans dan takaful

DATUK Dr Nik Mazian Nik Mohamad (PAS-Pasir Putih) meminta kerajaan menjelaskan adakah pihak Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan akan menambahkan klausa penanggungan ke atas pihak insurans dan takaful yang dikenakan ke atas pembeli-pembeli sebagai syarat pinjaman perumahan.

Advertisement

Ini kerana, katanya, dengan cadangan tersebut dapat membantu pihak kerajaan untuk memastikan rumah yang dibina dapat disiapkan serta tidak membebankan pembeli.

Menurut beliau, sebenarnya kerajaan adalah penjamin kepada pembeli rumah yang terpaksa membuat pinjaman kepada bank-bank untuk membiayai pembelian rumah.{mprestriction ids=”1,2,3,4,5″}

Bagaimanapun, katanya, pihak kerajaan tidak sanggup menanggung harga rumah lebih daripada RM70,000 yang mana harga selebihnya terpaksa ditanggung oleh pembeli rumah.

“Pembeli terpaksa bayar pinjaman tetapi rumah tidak siap. Diharap cadangan ini dapat membantu pihak kerajaan untuk memastikan rumah dapat disiapkan serta tidak membebankan pembeli,” katanya ketika mengemukakan soalan tambahan pada persidangan Dewan Rakyat, 7 November lalu.

Nik Mazian juga meminta kerajaan menyatakan adakah tindakan akan diambil terhadap ahli lembaga pengarah bagi syarikat pemaju perumahan yang menyebabkan rumah terbengkalai.

Menjawab soalan yang dikemukakannya itu, Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Noh Omar berkata, cadangan yang diutarakan Nik Mazian itu satu cadangan yang baik dan pihaknya akan mempertimbangkan cadangan insurans untuk dimasukkan di dalam perjanjian jual beli.

Terdahulu menjawab soalan asal Nik Mazian mengenai bilangan rumah-rumah yang terbengkalai dari tahun 2013 sehingga sekarang, katanya, sebanyak 27 projek telah diselesaikan dari 2013 hingga 11 Oktober 2017, dengan lapan projek telah dipulihkan menggunakan dana kerajaan sebanyak RM36.1 juta.{/mprestriction}